Tuesday 31 March 2015

INSURGENT

by



Insurgent.Sambungan daripada movie divergent.Aku memang dah lama usha cerita ni.Cuma tunggu masa je nak pergi tengok.Lelagi memang dah aga member pass,memang lajulah nak pergi.Supposely aku nak pergi dengan ancik,tapi dia sibuk sangat plus due date tiket tu pun dah hampir nak expired,maka aku pun pergilah tengok dengan kawan aku.

Yang bestnya,bila tengok wayang hari biasa,panggung kosong beb.Sesuka hatilah nak duduk mana.
Overall,cerita ni gua bagi 5 bintang.Jalan cerita yang bagus beserta hero yang hensem (jejaka idaman gua) dan tak lupa juga pada heroinenya yang comel.Gua rasa,dua jam tengok citer ni kejap sangat.Rasa nak ulang bali pun ada.Tapi,tak ada,tunggu jelah sesapa yang downloadkan.Tapi,selalnya yang akan jadi mangsa mestilah ancik.Muahaha.

-THE END-

Friday 27 March 2015

JENIS-JENIS KAWAN

by




Bagi aku,kawan ni ada macam jenis.

Kawan yang dekat dengan kau sebab kau akan bagi benefit dengan dia.

Kawan yang dekat dengan kau sebab dia rasa selesa dengan kau.

Kawan yang terpaksa segroup dengan kau sebab dia dah tak ada pilihan lain.

Kawan yang ada dengan kau masa susah dan senang.

Kawan yang hanya ada waktu kau gembira,tapi bila sedih dia lesap.

Kawan yang bagi semangat dekat kau waktu kau down dalam apa jua hal.

Kawan yang jauh dari kau,tapi sentiasa ingat dalam doanya.

Kawan yang bila dah dapat kuasa,lepas tu dia lupa dekat kau.

dan...

kawan yang sebetul kawan.

tapi,

kawan yang sebetul kawan nilah yang susah kau nak jumpa.

Sebab tu,bila kau dah jumpa kawan yang sebetul kawan,hargailah mereka sebab mungkin dalam ribuan kawan kau,peratusan untuk kau jumpa kawan yang sebetul kawan mungkin hanya seorang.

Thursday 26 March 2015

A DATE WITH ITA

by

-23.03.2015-

A day with my gf.Ok,please jangan salah faham.Aku straight ok.So,memandangkan aku kena beli tiket untuk balik khamis ni,maka aku pun ajaklah ita sekali.Kebetulan,dia pun nak beli tiket.Memula,memanglah nak beli tiket je.Tapi,biasalah kan girls,fitrah girls ni kalau dah nampak mall sebelah mata,memang tak akan dapat dipisahkanlah.Walaupun mall kat terminal tu aku dah pernah tawaf,tapi bagi aku lah kan,shopping kat sini best.Tak dapat beli pun cecuci mata pun ok.

Tapi,macam bukan akulah kalau pergi mall tak beli apa-apa.Macam biasa,alasan aku,girls and shopping what do you expect.Nak lagi bila nampak sale+tengah stress sebab research banyak yang kena oter.Memang nilah waktu yang terbaik untuk reward myself dengan usaha yang tak kemana tu.Ditambah pula,external shiba aku telah dideclarekan rosak.Lagi sadis tau tak.Dahlah punya banyak citer aku simpan dalam tu.Maka,dengan semua alasan yang aku kemukakan tadi,bolehlah shopping dengan cik ita tu hah.

Kalau korang nak tau,cik ita ni dah jadi tunang orang.Nak kawen dah pun.Lagipun,bukan senang nak keluar dengan dia ni.Kena buat appointment gitu.Kalau tak kelaut.Mula-mula memanglah aku tak nak shopping,tapi bila tengok ita dah start membeli,plus depan mata kau ada t-shirt yang cantik+beg yang cantik,duit dalam purse pun boleh tergugat.

That's how we end up dengan shopping and habiskan masa 4 jam tawaf satu mall kat terminal tu.Bila balik,memanglah letih,tapi happy ooo dapat shopping and spend day dengan minah ni.


Tetiba aku rasa macam nak cerita macam mana aku kenal ita ni.Waktu tu aku sem 2.Memandangkan aku dapat kolej mawar,coincidentally dia pula satu bilik dengan aku.Like seriously,aku tak pernah pun kenal or nampak dia waktu sem 1.And aku suka kawan dengan dia ni,sebab dia ni sempoi,kelakar,boleh layan kerenah aku yang macam tak padan dengan usia aku ni.Moment paling ingatlah bila dengan dia ni,waktu final exam subjek IR.Punyalah kami bersengkang mata tak tidur satu malam sebab subjek IR tu killer subjek kot.Balik je dari exam tu,terus tidur tak ingat dunia.Bila sem 3 even sama aras pun,dah macam susah nak jumpa dengan dia.Lagipun,aku tak pernah sekelas dengan dia ni.Sem 4 bilik sebelah-sebelah.Memang hari-harilah aku,el,hawa,mel and ita jumpa.Sem 5 je dia tercampak kat aras atas.Tapi,sebab aku selesa berkawan dengan dia ni,kalau final je memang aku menapak kat bilik dia ni.And guess what.This sem kami sume sebilik.Lengkap.Dan,sebab tu jugaklah aku kena tadah telinga dengan dia ni sebab dia suruh aku cari someone cepat-cepat.Aku buat dek jelah,sebab aku rasa aku tak ready and still fefeeling muda.Konon.Hmm,bulan lapan ni di dah na kawen,cepat je kan masa berlalu.Anyway,aku sentiasa doakan kau bahagia dunia akhirat dengan suami kau.Lots a love.

Saturday 21 March 2015

THE JOURNEY TO UKM

by

Sapa kata sem 6 ni boleh relax-relax je memanjang memang tak betullah citer dia.Even dah tak banyak kelas sangat,but still keje luar berlambak.So,memandangkan aku kena siapkan questionnaire untuk my research,aku pun decide untuk ke UKM.Mujurlah diyanah nak join sekali,kalau tak terpaksalah pergi sorang sorang memandagkan research partner aku tak dapat join sebab ada hal yang dia kena attend.


Dengan semangatnya,pukul 8 kami bertolak dari sini.Tu pun nasiblah tiqah nak hantarkan kami sampai ke UKM sebab alan-alang dia pun nak ke KL.Jadi,sehalalah kiranya.Kami sampai sana dalam pukul 9.30.Macam biasalah,kami teruja tengok environment kat sana.Cantik,besar apa kelagi.Nampaklah jakunnya kami di situ.




After that,kami terus ke library yang kami nak pergi tu.And guess what.Boleh pulaklah dekat luar tu ada kiosk jual makanan.Even aku tengah on diet pun,bila nampak sandwich tu aku tewas beb.Dah makan bagai,barulah kami menapak ke dalam library tu.Oh ya,prosedurnya senang je kalau datang nak buat research kat sini.Just bagitahu dekat staff yang jaga kaunter hadapan,cakaplah kau dari universiti mana and then dia akan suruh key in data then selamatlah masuk ke dalam.

Tapi,aku hampa jugaklah bila jurnal yang nak dicari tu tak dijumpai.Takpelah,at least aku jumpa buku about my research.

Senang cerita,segala benda yang kami nampak kat ukm tu,really membuatkan kami teruja.And one of it ialah,boleh pulak kat situ ada jual baju+tudung dengan harga yang affordable.Memanglah aku beli sebab murah kan.Dalam pukul 3 kami pun geraklah ke bus stop sebab lepas ni cadangnya nak ke midvalley pula nak cari buku.Dengan konfidennya,kitaorang pun pergilah dekat bus stop depan ATMA.Tunggu punya tunggu,sekali bus 6 tu memang tak lalu pun kat situ.Tau tak almost half an hour tunggu macam patung kat situ.Tu pun nasib baik tanya orang,kalau tak sampai ke malam la duk tunggu bas kat situ.Satu hal lagi nak pergi ke bus stop belah fakulti sains sosial pulak.Sabar jelah.Dengan panasnya,aku rasa kaki macam nak tercabut.Sebab tunggu bas tak nampak kelibat,kami pun naiklah teksi.Selamatlah ada teksi lalu.

Bila sampai ktm,punyalah beratur panjang+kena tunggu train tu datang almost 30 minutes and then bila masuk train tak de tempat duduk.Aku dah sampai speecheless bila pikir balik.Tapi,you know,it was such a good experience and memory bila kenangkan balik.

Bila dah sampai mid,almost one hour jugaklah cari kedai mph.Nak malang lagi bila dah sampai,buku tu just ada 1 je.Sebabkan diyanah yang jumpa dulu,tak pelah,aku beralah.Bagi mengubati hati yang lara,aku pun belilah 2 novel guna baucer buku.Happy me.


Before balik,kami dinner dulu dekat food junction sambil heart to heart.Anyway,ni first time aku date dengan minah ni sejak kami pindah somban.Well-spend day gitu.


That feeling waktu nak balik naik ktm,lega giler dapat duduk.Sumpahlah aku rasa hari ni lebih 10,000 langkah dah aku jalan.


Letih-letih pun,still sempat selfir.Well,memori tu.

Thursday 19 March 2015

A NIGHT TO REMEMBER:MAJLIS KESYUKURAN@GATHERING

by

Semalam,majlis kesyukuran telah diadakan di rumah tehah,emma dan atie disebabkan mereka akan berpindah ke kolej.Maka,after magrib,kami pun gather lah di rumah mereka yang ahlinya sendiri adalah terdiri di kalangan projek dokumentari sem lepas.Seronok tau tak dapat gather macam tu.Yela,memandangkan ni kan dah sem akhir.Maka,aku sebagai seorang yg suka amik gambar,haruslah merakamkan kenangan di kepingan-kepingan gambar.

Hidangan:

1.Nasi tomato.Ok,sebab aku tengah diet,aku makan ayam masak merah jelah.Even pedas,tapi perghhh,sedap weh.

2.Kek.Ada dua jenis kek.Satu kek yana buat and one more tiqah buat.Dedua sedap.Part ni,aku tak boleh nak tahan nafsu.Melelehlah kalau aku tak makan.Takpelah,nanti cover balik.

3.Agar-agar.Yang ni el buat,so sedap sangat maka aku bagi 5 bintang.

4.Yang lain ada koktail,air tembikai,buah tembikai,cikidis pun ada.
Memang kenyang even aku makan ayam je banyak.


Last but not least,thanks a lot to tuan rumah yang bersusah payah menjemput kami untuk datang ke rumah.Moga kita dapat berkumpul macam ni lagi even tak selalu.A night to remember.

Friday 13 March 2015

PERSEDIAAN SEBELUM MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL- (BAS)

by

Assalammualaikum.


Hari ni saya nak share sedikit pengalaman saya mengenai apakah persediaan yang perlu dilakukan before mejalani latihan praktikal ketika waktu cuti semester di sem yang ke 5.



Silibus baru vs Silibus lama

Ok,mungkin ada yang tak tahu,bahawa untuk course ini,ada silibus baru dan lama.Untuk silibus lama macam saya,anda akan menjalani latihan praktikal selama 6 minggu sahaja.Dan untuk pengetahuan anda juga,mostly yang menjalani latihan praktikal selama 6 minggu ini adalah daripada budak asasi masuk ke degree.Tetapi,setahu saya,kemungkinan saya adalah batch yang terakhir menjalani latihan praktikal selama 6 minggu.Bagi silibus baru pulak,anda akan menjalani latihan praktikal selama 8 minggu or to be exact 2 bulan.Mostly,siapa yang daripada diploma dan meneruskan pengajian ke degree anda adalah kategori ini.Tetapi,seperti yang saya katakan tadi,selepas batch saya,tiada lagi latihan praktikal selama 6 minggu kerana mengikut silibus baru,anda akan menjalani latihan praktikal selama 8 minggu.

Nak apply dekat mana ?

Ni soalan paling famous.Memandangkan course ini adalah berkaitan dengan admin,so anda boleh pilih GLC,government sector or even private sector.Daripada pengalaman saya,saya suggestkan anda untuk apply intership either GLC seperti Khasanah,Sime Darby,Petronas or private company.Sebab apa ? Sebabnya kalau anda apply dekat syarikat-syarikat besar macam ni,banyak benda yang anda boleh belajar.Silap haribulan kalau prestatsi anda bagus,anda mungkin akan mendpaat peluang yang cerah untuk menjadi pekerja di situ after habis belajar nanti.Lagipun,selalunya kalau private or GLC ni,dapat elaun.How about government sector ?Sebenarnya,kalau nak apply intership dekat gov. pun tak salah.Tapi,biarlah cari seperti pejabat-pejabat Setiusaha(SUK),Kementerian-kementerian dekat Putrajaya,Pejabat Tanah Galian dan etc.Meaning,pejabat HQ,dan bukannya yang daerah-daerah kecil.Itu adalah berdasarkan dari pengalaman sendiri dan juga kawan-kawan.Kemungkinan kalau korang apply dekat gov. ni terutama dekat pejabat-pejabat daerah ni tak banyak yang anda boleh belajar.Contoh,kawan saya intership di majlis daerah.Boleh dikatakan setiap hari,kerjanya main online,tidur,makan.Dah tu,nanti nak tulis report macam mana ?Berbeda sekali bila ditanya dengan kawan-kawan yang intership di private or GLC.Boleh dikatakan tidak menang tangan buat kerja.Apapun,ini adalah sekadar dari pengalaman saya sahaja.Terpulang pada anda untuk memilih mana yang terbaik untuk anda.Oh ya,nak mudah,listkan dulu semua senarai company tu.Tapi,ingat hanya 3 company sahaja yang akan anda listkan kepada koordinator faculty nanti.

Macam mana nak apply ?

First,google dulu details about the company.Lepas tu,call tanya either dekat situ dia terima tak kalau budak nak praktikal untuk 2 bulan.Sebab bukan semua company akan terima praktikal 2 bulan.Ada yang nak 3 bulan and etc.Ok,andai kata dia dah kata "ok,awak boleh apply",then tanya details contact person,kat sapa surat tu hendak ditujukan.Tapi,ada certain company yang suruh email je.Tu lagi senang.Lepas complete semua ni,koordinator faculty akan keluarkan surat rasmi.After that,terpulanglah either nak pos laju ke atau nak selamat pergi sendiri company tu and hantar sendiri.

Lepas tu,dah settle ke?

Belum lagi cik kak,cik abang.Andai kata anda dah hantar surat dekat company tu,within 2 or 3 weeks after that,call balik company tu,tanya anda diterima tak untuk intership dekat situ.Kena alert.Sebab takut,kengkadang surat tak sampailah apalah,kan masalah tu.Bila dia dah kata terima,hah okla tu.Dah boleh leklek sikit.

Selalunya,bila awal sem 5,akan ada perjumpaan dengan koordinator.Waktu ni,koordinator akan bagi tahu surat apa yang anda kena complete and etc.

-THE END-

PROJEK DOKUMENTARI-HOMESTAY SRI KAYANGAN,SABAK BERNAM

by

One of the biggest achievement yang korang kena buat bila dah berada di part 5 adalah korang kena buat satu projek dokumentari.Projek Dokumentari ni adalah assignment yang merangkumi untuk dua subjek sekaligus iaitu Public Finance and Malaysian Economy.Untuk assesment ni,ianya adalah sebanyak 15%.Memandangkan ianya melibatkan 2 buah subjek,so korang kenalah buat baik-baik sebab kalau tak rugi markah kat situ je.

Ok,mula-mula,korang kena cari ahli kumpulan.Maximum adalah sebanyak 15 orang,Tak kisahlah dia kelas mana pun,janji dia amik  kedua-dua subjek tu.Kemudian,korang akan kena cari topik.Topik ni meluaslah kiranya.Sebabnya,korang boleh pilih topik apa yang korang nak,janji ianya ada bersangkut paut dengan finance and economy.Contohnya,macam group aku,kitaorang buat pasal homestay dekat sabak bernam.Dari aspek apa yang kami lihat adalah adakah homestay ni menjana ekonomi negara dan bila adanya penubuhan homestay ni adakah ianya membantu penduduk kampung dan sebagainya.Yang paling penting,sebelum membuat satu keputusan untuk pilih destinasi yang korang tuju,discuss apa yang korang nak tahu daripada tempat tu,assign biro,bawa peralatan macam tripod,komputer,camera supaya senang bila dah sampai korang dah tahu apa benda yang korang kena buat.

Menghasilkan sebuah dokumentari bukanlah senang.Sebab,lecturers akan expect yang korang akan menghasilkan sebuah dokumentari ala-ala animal planet gitu.So,dalam video tu kena formal.Tak salah kalau nak selitkan selingan perjalanan kalian,tapi biar bertempat.Jangan masuk gambar yang tak formal,contoh gambar selfie,goyang-goyanglah.That's why pentingnya ada tripod.So that bila korang interview nanti,semua nampak smooth je.Lagipun kan senang korang tak payanh pegang camera guna tangan.

Ok,sekarang aku nak cerita perjalanan kisah 15 sekawan ke homestay sri kayangan.Trip kami ni memakan masa 2 hari.Memandangkan kesemua ahli adalah perempuan,maka kami pun decide untuk bawa 3 kerete sahaja.Nak bawa van takut pulak.


Setibanya di sana,kami telah disambut oleh penduduk-penduduk kampung di situ.Siap dengan bunga mangga and kompang sekali uolls.Kami pun mula-mula pun terkejut lah juga+terharu.Sebab tak expect akan dilayan begitu.



Lepas kami diarak dari pintu masuk hinggalah dibawa masuk ke dewan,kami pun dijemput makan untuk makan tengah hari.Yelah,memandangkan kami pun sampai dalam pukul 2 petang,of courselah lapar after 3 hours dalam kerete tu.



Walaupun masakannya simple je,tapi yang bestnya sebab suasana di kampung tu dah mula terasa.Yelah,dapat makan ulam-ulam.Nak harapkan dapat kat kantin universiti memang kelautlah jawabnya.

Kalau nak diikutkan,lepas je aktiviti makan ni,kami dah plan untuk melawat di sekitar kampung untuk interview penduduk-penduduk kampung di sini,tapi memandangkan hujan lebat sangat,jadi duduk jelah dekat homestay tu.Dah agak-agak renyai sikit,kami pun berpecah untuk kumpul data.

Salah sebuah rumah penduduk kampung di sini


Lepas habis interview bagai,kami pun balik semula ke teratak homestay tu.Malam pulak ada malam kebudayaan.Tak memasal kami pulak kena buat persembahan,Memanglah tak nak pada mulanya,tapi sebab tok ketua dah request kami layankan ajer.

Second day ni barulah padat aktiviti kami ni.Bermula dengan berbasikal ke  perusahaan kuih tradisional untuk melihat bagaimana mereka memproses kerepek-kerepek ni.






Lepas tu,aktiviti berbasikal ni diteruskan lagi.Kami dibawa pusing-pusing keliling kampung melihat keindahan sawah padi.Dah terasa ala-ala dalam cerita nur kasih pun ada.Tapi,disebabkan panas teriknya,fuhhh 5km tu aku rasa jauh benor.Makanya,di tengah-tengah perjalanan tu,kami pun rest sebentar di pekan.Nasib baiklah tok ketua murah hati belaja kami.



Konvoi naik basikal gitu





Ni pula aktivit bersampan


Dah otw balik,sempat lagi singgah dekat kedai cendol mana entah.Not bad.




Overall,projek dokumentari ni memang best.Di samping buat assignment,korang akan bonding dengan teammates.But,dependslah sapa teammates korang.Oh ya,tak semestinya kalo nak buat projek ni kena pergi jejauh.Bagi aku,cari yang dekat-dekat sudahlah.Tak payahlah buang duit pergi jauh-jauh.Kena ingat,kos tenpat tinggal,minyak tol bagai.But depends,kalau semua ahli korang tu memang kaya tak salah pergi tempat jauh.

Dari pengalaman akulah,waktu pergi tempat buat dokumentari ni memang akan nampak smooth je,yelah setakat record and interview orang je.Tapi,task yang sebenar adalah bagaimana korang nak delegate tugas after balik tu.Sebab,yang si tukang edit video tulah sebenarnya yang menderita.Nak-nak kalau team korang akan ada yang buat don;t know je.Sebab bila dah part 5 ni,banyak lagi projek-projek lain yang korang kena settle.Sebab tu,kalau boleh jangan tangguh.Atau buat sikit-sikit edit dari awal supaya bila dah nak present nanti tak kelam kelibut.

Rasanya itu sahajalah daripada aku mengenai pengalaman projek dokumentari.


Wednesday 11 March 2015

THE FIRST EVER ROLL CALL

by

Sejak aku dipindahkan di sini almost one year and a half,hari ni adalah pertama kali roll call pagi diadakan.

Cuma yang differentnya kat sini,kami kena kumpul pukul 7.00 am berbanding dekat shah alam pukul 6.30 am dah kena terpacak berkumpul untuk roll call.Lagipun,kekuatan anggota di sini tak delah ramai sangat.So,acara dimulakan dengan bacaan doa dan cek sahsiah rupa diri.Sedikit taklimat daripada biro-biro dan boleh balik.Nasib baiklah kejap.Fiuhh..



So,sekarang hanya tinggal 5 orang sahaja komander daripada shah alam.
Actually,baju korporat kat sini warna purple,yg tengah tu,tapi sebab dah tinggal satu sem je lagi,so malaslah nak beli,pakai jelah apa yang ada,Kalau orang tengok,mesti diorang akan kata "tak boleh move on dari shah alam lettew."Wateva..

-THE END-

Friday 6 March 2015

THE STORY OF PT PAGI

by

Memandangkan hari ni kami ada pt pagi,after 7.40 macam tu,kami pun decide nak makan kat luar sebab yelah,penat kot jogging pagi tadi *penatlah sangat.

So,memandangkan ita pun sampai around that time,kitaorang pun angkutlah dia sekali sebabnya,waktu tu kami sume tak bawa dompet except dia.Nak dijadikan cerita,bila dah sampai kedai tu,ita tetiba teringat nak cari dompet dia yang dikatakan ada dalam beg dia tu.Sekali........dompet tu tak de pun dalam beg tu.

Apalagi,terpaksalah patah balik sebab dia kata dompet dia tertinggal dekat barang-barang yang dia tak punggah lagi tu.Cari-cari pun tak jumpa.Rupanya tertinggal dekat kereta tunang dia.Lastnya,pinjam jelah duit ariff.

Alhamdulillah,barulah kami dapat makan kat kedai mamak tu.So,sebab tu aku cakap,aku akan ingat peristiwa ni sebab yelah bukan senang nak ajak diorang makan kat luar kalau tak de halnya.Sekali keluar,ini pulak jadinya.Hahahaha.

-THE END-

Tuesday 3 March 2015

SEMESTER 4-IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI UiTM

by



1 .CSC208- MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM (3) 

Sejujurnya,bukan aku sajalah yang blur ngadap subjek ni,tapi most of my friend pun sama.Sebabnya,ko belajar pasal benda yang aku sendiri pun tak faham-faham.Selalunya bila dah stress sangat dengan subjek ni aku akan cakap,aku ni budak polisi,bukan budak komputer nak amik subjek ni.Tapi,apa boleh buat ,nak tak nak kena amik juga subjek ni.Yang rumitnya sebab subjek ni bukan ajar kita pasal hardware or software macam yang before ni, tapi ko kena paham macam mana system ni terhasil and then connected sana sini.

2. BEL422- REPORT WRITING (2)


Bel 422 ni pulak,macam proposal for research.Assignment dia sebijik macam research.Maksudnya,ko kena cari tajuk yang kau nak kaji,kumpul bahan,buat questionnaire and then distribute pada respondent.Then,korang akan kena buat analysis pula sebelum dibentangkan di hadapan kelas.Yang bestnya subjek ni tak de paper final.

3. ADS654 POLICY ANALYSIS (4)

Subjek 4 credit hour.Bagi aku,subjek ni best sebab ko akan belajar pasal polisi yang ada di negara kita ni.Assignment yang besar untuk subjek ni adalah ko kena buat forum.Biasanya satu group ada 4 orang.Tajuk pula,bebas asalkan berkaitan dengan polisi di negara ini.Contoh,macam GST,National Blueprint and etc.

My groupmmates for policy forum










4. ADS452- ETHICS IN ADMINISTRATION (4)


It's all about ethics.Theory ethics la paling banyak yang ko kena faham dan hafal.Subjek ni boleh dikatakan oklah...sebab ethics ni relate dengan kehidupan kita.So,kalau dalam exam,bagi example pun mengenai persekitaran kita juga.

5.ADM501- ORGANIZATIONAL BEHAVIOR (3)

Ingat lagi tak subjek sem 2 which is management principles tu. Hahh,lebih kurang kesinambungan dari subjek tulah.Teori dan anak-anaknya memang banyak.It's fun to learn,tapi bila dah banyak sangat chapter,aku pun confius.Lol.So far,subject ni ok je.

6. THIRD LANGUAGE II (2)

Third language macam biasalah.Level 2,means makin uplah pembelajarannya daripada level 1.

7. SENARAI ELEKTIF 2

 a)ADS557  -INNOVATION MANAGEMENT 3
 b)ADS560  -SOUTHEAST ASIAN AFFAIRS
c) ADS505  -LOCAL GOVERNMENT

If I'm not mistaken,hanya ada 3 pilihan sahaja yang korang boleh pilih.Macam aku hari tu,aku pilih Local Government sebab ko akan lebih tahu dan dapat belajar banyak pasal local government yang ada dekat Malaysia ni.Kalau yang lagi dua tu,ak pun tak familia sangat.Cuma,kalau IM,korang kena rekacipta satu produk dan buat presentation di hall.





Monday 2 March 2015

SWEET ESCAPE,MALACCA

by



So,here I'm again in 2015.

Tak sah tak datang sini,before nak balik somban.

For me,Malacca is on of my favourite place dekat Malaysia ni.

So,here is my jejaks dekat Malacca ni.


Loving this picture because the scenery behind me is just wonderful.
Tempat ni,betul-betul terletak di tengah bandar hilir-bangunan merah tu.


Kota peninggalan Portugis,which is A'FAMOSA.Ni pun salah satu tempat yang mesti aku kunjungi tiap kali aku datang di sini.


In front of the A'FAMOSA.

Every time aku datang sini mesti ada perubahan.Contohnya,sekarang dah ada Dataran Pahlawan Mall yang punyalah besar kalau nak jalan satu bangunan tu pun aku rasa boleh lenguh satu badan beb.

Actually,banyakje gambar yang lain,tapi kamera pulak buat hal,so gambar-gambar di atas ni jelah yang ada.

Lepas ni,entah bila boleh datang sini lagi,

I'm in love with MALACCA!!



HARI PERTAMA DI 6TH SEMESTER

by

Hello new semester.

So,hari ni adalah hari pertama untuk 6th semester.Tapi,seriously sepanjang 6 sem aku jadi pelajar kat sini,nilah kali pertama aku tengok kelas lecture kosong.Sebabnya,ramai yang tak nak balik minggu ni dengan alasan diorang nak berehat yelah sebab practical pun baru habis.

Maka,hambarlah hari pertama di semester yang baru ini.

Aku pulak,tak tahu pun diorang pakat buat macam tu,kalau aku tahu pun next week aku balik.Tapi,sebab aku ni baik sikit even dah senior year,aku pergi jugaklah kelas petang tadi.*kuikui

Tapi....
krik!krik!krik!

Boleh dibilang berapa orang je yang ada.Ni memang betul-betul senior ni.

So,after 3o minit aku tunggu lecturer tak datang,aku,erin and syifa pun berangkatlah pulang ke rumah memasing.Tapi,erin ajak keluar dengan dia.Spend time dengan dia buat pertama kali sepanjang degree time gituh.

Actually,kita orang pun tak plan nak pergi mana,tapi sebab palm mall tu macam best jer,macam best jer,kitaorang pun pergi lah kat situ.

Maka,inilah hasilnya.

First time minum capuccino ada corak-corak ni.Jakun sebentar.Tapi,ianya hanya indah dari rasa saja ye kengkawan.

Big portion just for me.Dah tu,bising mokmok.Salah siapakah munirah oii

With erin yang cutie pie.


Banyak benda yang kita orang bualkan.Yelah,hampir sebulan kan cuti kan.Eh silap,kitaorang tak cuti pun waktu cuti sem tu.~~

Dari cerita pasal practical hinggalah ke boypren,kawen,nak amik master ke kerja and end up dengan KAMI NAK DIET.Sebab, hari tu aku cadangkan nak buat diet atkins,maka erin pun kata dia nak buat.Yelah,aku try nak buat dari last week lagi tapi takmotivated langsung.Angan-angan mat jenin saja.Tapi,bila ada kawan ni,semangant sikit nak buat.

Maka,dengan berbekalkan semangat yang baru,kami pun pergilah ke giant untuk beli barang-barang makanan yang patut dimakan untuk speanjang tempoh induction nanti.Kami target end of 2 nd week nanti,nak ada jawlines ala-ala artis korea tu and yang penting FIT!

Moga kami tabah dan ini bukannya hangat-hangat tahi ayam.