Tuesday 20 October 2015

PART 1:MADINAH AL-MUNAWARAH

by

Assalammualaikum.

Aku bertolak dari Penang International Airport pada 27.8.2015 kira-kira pukul 6.40pm.Since,this is my first time naik flight,so aku pun takutlah juga.Dengan pelbagai kejadian yang baru terjadi,tipulah tak takut.Tapi,as time goes bby,oklah.Lagipun dalam flight tu aku tak berapa nak boleh tidur sangat sebab flight shaking memandangkan cuaca tak berapa elok sangat.Nasib baiklah ada movie yang aku boleh tengok plus aku dapat duduk sebelah ancik even at the first place tempat aku tak sama dengan mak and abang aku tu.Tapi,dah ada orang nak tukar seat,apa lagi,aku pun laju je bangun dari kerusi and the change seat.Dalam kapal pula,dapat makan nasi twice.Tu tak campur lagi dengan diorang serve air blablablabla.Soal makan memang tiptop sampai aku pun tak larat makan.

Since,perjalanan mengambil masa 8 jam,aku sampai di Airport Madinah pada pukul 2 am waktu Malaysia dan 10pm waktu tempatan.Setibanya di sana,kami terus check in hotel.Alhamdulillah,everything went well and macam tak percaya je dah sampai Madinah.Teruja,happy,syahdu semua ada.So,kami KT 29 ditempatkan dia Hotel Al-Haram which is dekat sangat-sangat dengan Masjid Nabawi,

Hotel penginapan
The next morning,pukul 3.30am lagi aku dah cabut pergi Masjid Nabawi with my mom.Aku cakaplah kat mak aku,awalnya mak.Subuh kan pukul 5am.Mak aku kata,awal apanya,Lambat memang tak ada tempatlah.Aku blurr lagi time tu.Tengok-tengok,hah amik kau.Even awal pun tempat dah penuh.And that was my fist time ever melangkah kaki ke Masjid Nabawi.Memang cantik sangat-sangat.

Seni bina dalaman Masjid


Pemandangan luar Masjid Nabawi

Ni payung kat luar tu.Waktu no waktu payung tu nak tutup.Memang cantik sangat-sangat

Sapa lambat datang,jawabnya duduk di luarlah.

 Lepas habis solat subuh,aku pun bergerak pulang ke hotel.Tapi,on the way balik,betul-betul depan pagar Masjid Nabawi tak kiralah gate berapa korang keluar*aku selalu keluar gate 26 ada orang jual.Aku panggil pasar lambung.Sebab diorang akan jual jubah lambung which is semua berharga 30 riyal.Dan aku sebagai perempuan of course rasa insecure bila nampak jubah cantik yang liplapliplap tu.Mana ada kat Malaysia jual harga 30 riyal macam tu.Nak pulak bila quality pun ok.Biasalah orang perempuan,nampak barang comel sikit terus beli.



Macam ni selalunya after solat subuh,sesak depan pintu tu sebab banyak orang jual di situ


Memandangkan breakfast tak disediakan,so aku and my mom selalu breakfast kebab jelah.Tapi,kebab kat sini sedap.Harga standard 5 riyal.Tapi,makanan arab ni,tak kiralah sandwich ke kebab ke mesti akan ada kentang goreng.Kat sini,maggi goreng pun ada.Tapi,kena pandai cari kedailah.Macam aku kalau nak makan maggi goreng keluar pintu 25.Sebelah supermarket,hah adalah kedai makan tu.Lagi satu,style kat sini tak ada meja makan.Semua bungkus.So,beli dan bawaklah makanan tu dan makan kat hotel.

After breakfast,kami kena berkumpul sebab ustazah bawa melawat ke Raudhah iaitu satu daripada taman syurga dan juga terletaknya Makam Nabi Muhammad S.AW dan dua sahabat baginda.Nak masuk Raudhah ni ada time dia which is after Subuh,after Zuhur dan juga after Isya.Jangan terkejutlah kalau kau kena beratur lama sebab sangat ramai orang nak masuk.Pesanan aku,jangan tolak-tolak.Kalau orang tolak kau,kau biarkan je sebab kalau kau tolak balik orang,kau yang dapat dosa.Tapi,sistem sekarang dia akan asingkan kawasan Asia Tenggara,Barat and etc.Sebab apa?Just imagine kalau orang Malaysia masuk sekali dengan orang-orang Afrika ke,Arab ke yang bertubuh besar dari kita,aku tak rasa selamat nak masuk.So,kalau macam kita ni,kita akan duduk dengan Indonesia,Thailang and etc.Sebab rata-rata tubuh Asia ni kecik-kecik je.Nak lepas masuk ke Raudhah pun ada stage juga.So,be patient.

Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man hajja fazara qabri ba’da wafati kana ka-man zarani fi hayati’ (Yang bermaksud: Barangsiapa (atau sesiapa) mengerjakan haji (dan umrah) maka menziarahi kuburku sesudah wafatku ada (baginya) seperti menziarahiku ketika hidupku.) - Hadith riwayat at-Tobrani, al-Baihaqi, Abu Sheikh, ibnu Adi dalam kitab Kanzil Umal.


Dalam Raudhah

Bila dah masuk tu,Subhanallah memang cantik sangat kawasan tu.Dan bagilah salam kepada Nabi Muhammad S.AW. dan para sahabatnya.Sebak,syahdu semua ada.Kemudian,tunaikanlah solat di situ.Tapi,sebab crowded sangat,jangalah pilih untuk solat di tempat yang crowded.Ianya boleh mendatangkan bahaya.Maka,carilah di tempat yang sesuai.Aku selalu pergi kat belakang mimbar tu,aman sikit.Kalau terus masuk and solat kat situ,takut ianya mendatangkan kemudaratan.Nak tahu kawasan Raudhah tu waktu nak solat,tengok karpet.Kalau karpet HIJAU tu kawasan Raudhah,kalau dah karpet merah,maknanya bukan,



Diriwayatkan hadith daari Abu Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Ma baina baiti wa-minbari raudatun min riadil jannati wa-minbari ‘ala haudi.’ (Yang bermaksud: Apa-apa (yakni, tempat) antara rumahku dan mimbar (masjid) ku adalah suatu taman daripada beberapa taman (syurga) dan mimbarku (adalah) atas Telaga al-Kauthar.) - Hadith Bukhari & Muslim,

to be continued...



No comments: