Saturday 24 October 2015

PART 2: MADINAH AL-MUNAWARAH


by

Assalammualaikum.

Ketika di Madinah,kami juga dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di Madinah.

1.Ladang Kurma


Suasana di dalam Kedai Kurma
Ni destinasi pertama yang dibawa oleh Mutawif.Masa diberi tak lama nak shopping kat sini.Just 30 minit je.Sebab yelah ada banyak tempat lagi nak pergi.So,kat sini,memang orang borong kurma,coklat,kacang-kacang bagai.Tapi,aku rasa,kurma jelah yang agak murah.Contohnya,Kurma Ajwa boleh dapat 50 Riyal sekilo.Yang lain tu,aku tak tengok sangatlah sebab aku tahu kurma Ajwa je.Wahaha.Manakala,bagi penggemar coklat pula,coklat kat sini 4o Riyal sekilo.Aku rasa mahal,sebab kalau kat pasar pagi after solat subuh kat depan Masjid Nabawi boleh dapat 20 Riyal sekilo.Tapi,yelah,jenis coklat dia lainlah sikit.Tapi,aku rasa semua sama je rasa dia,janji coklat.Sama juga dengan kacang-kacang badam ke cerdik ke,better jangan beli kat sinilah.Better beli kat kedai-kedai Madinah.At first,aku ingat ladang kurma ni bolehla nampak pokok kurma semua,namun hampa,ada tu adalah tapi sikit je.Nama je ladang kurma tapi sebenarnya,kedai kurma.

Pemandangan luar
2. Masjid Quba


Waktu sampai dah pukul 9 macam tu.So,kira lamabatlah jugak tu sebab jemaah-jemaah dari negara lain dah start membanjiri Masjid ni.Kira,sesaklah.That's why mutawif tu kata,kalau nak datang sini,kena datang awal.

Masjid ini merupakan masjid pertama yg dibina oleh Rsullullah S.A.W tatkala baginda selamat tiba di Madinah pada tahun pertama Hijrah atau bersamaan dengan 23 September 622M.Masjid Quba ini mempunyai kelebihannya tersendiri.

Ia dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W menerusi sabdanya yang bermaksud:

"Sesiapa yg keluar daripada rumahnya sehinggalah sampai di Masjid uba dan bersembahyang di dalamnya,baginya ganjaran pahala seperti menunaikan Umrah".-Riwayat al-Nasa'iy dan Ibnu Majah

3.Jabal Uhud

Destinasi seterusnya ialah Jabal Uhud atau Bukit Uhud.Time kami sampai tu,dah nak dekat pukul 11 pagi.Jadi,matahari tengah terik sangat.So,mutawif yang bawa tu tak bagilah lama-lama sangat kat sini.Sekadar melihat dan tangkap gambar jelah.Sapa nak naik bukit tu boleh,tapi tak digalakkanlah sebab tengah panas time tu.



Jabal Uhud telah menjadi saksi kepada gugurnya 70 orang syuhada iaitu 64 orang dari golongan al-Ansar dan 6 orang golongan al-Muhajirin,berbanding 22 kematian tentera musyrikin dalam peperangan tersebut.

"Uhud adalah bukit yang mencintai kami dan kami mencintainya"-Riwayat al-Bukhari

Jadi,hanya tiga tempat sahaja yang sempat kami singgah.Actually,ada lagi satu tempat iaitu Masjid Qiblatain.Tapi,sempat dah lewat sangat,jadi kami hanya lalu jelah depan Masjid tu.

Ok,habis di ziarah Madinah.

Waktu kat Madinah,aktiviti selain daripada beribadat di Masjid Nabawi,aku suka jalan-jalan di sekitar Madinah ni sebab tempatnya yang sangat cantik.Permukaan yang rata,then bangunan hotel keliling dan tak lupa juga kedai-kedai yang jual pelbagai barang tu.Selalunya lepas breakfast,aku akan ajak mak turun jalan-jalan kat bawah.Tapi,tempat tu too mainstreamlah pulak aku rasa hari-hari ke kedai bawah je.So,kadang-kadang aku bawa mak jalan-jalan sampailah ke gate 3 lah,gate 15 lah selagi ada gate aku pusing.Sebab gate kat Masjid Nabawi tu ada 30 lebih,dan setiap gate tu mesti ada orang jual.So,aku pun sajalah jalan-jalan makan angin.Yelah,bukan selalu datang sini.Dan,penjual kat sini,sangatlah sukakan orang Malaysia.Nak tahu sebab apa?Sebab jemaah Malaysia ni kalau beli mesti borong banyak bukan beli jenis satu-satu.Kalau dia nampak kau lalu,mesti dia kata,"Malaysia?Bagus!!Jemput masuk".So,kat sini,tak payah risau nak speaking Arab sebab semua pun pandai cakap Melayu.

Lagi satu,kalau budak-budak muda perempuan lalu atau masuk kedai pak arab ni,diorang sangatlah suka sebab boleh tengok budak perempuan.Sebab apa?Sebab kat sini,kaum perempuan semua pakai purdah sebab diorang ni cantik sangat.That's whylah kalau diorang nampak budak perempuan muda yang tak pakai purdah ni diorang pandang tak kelip.

Nak jumpa menara jam ni,keluar dekat pintu 25


Aku suka tengok burung merpati ni,comel je tengok.


Ni pemandangan luar perkuburan Baqi.Hanya kaum lelaki je yang dibenarkan masuk.
Kaum perempuan just boleh tengok dari luar je.



Contoh kedai makan kat sini.Kat sini,tak disediakan tempat duduk macam yang aku cakap kat entry lepas.

Pintu di Masjd Nabawi.

Tips kat Madinah:

1.Minum air banyak-banyak.Air zam-zam boleh dapat kat dalam Masjid.Minumlah banyak-banyak sebab cuaca kat sini Panas Kering.

2.Pakai purdah/Mask kalau nak keluar sebab kalau tak pakai,terasa bahang je muka.Lagipun,gejala batuk kat sana normal bagi orang kita.Kalau masuk lif sekali,kadang-kadang orang batuk apelah,nanti kalau tak pakai,boleh merebak.

3.Pasal nak pos barang kat Malaysia jangan risau.Ada perkhidmatan pos laju.Sekilo dia caj RM 14.Kotak pula ikut size,ada yg 8/10.12 Riyal.Depends pada size kotak.

4.Perkhidmatan dobi.Kalau tak nak basuh,ada je perkhidmatan dobi.Tapi mahallah.Kalau kat hotel,dia caj 5 Riyal tak kira besar ke kecik.Kalau kat luar,cekik darahlah sebab dia ikut size.Nak jimat basuh sendiri gantung dalam bilik air sudahlah.

5.Simkad nak beli kat Madinah boleh.Contoh kalau pakai Mobily,seminit dia telan 2 riyal.Better kalau pakai iTalk,seminit 1 Riyal.Tapi yelah,leceh sikitlah sebab kalau nak call kena pergi kaunter iTalk.Simcard tak boleh masuk dekat hp.Sapa yg nak wifi tu,bolehlah inta dekat receprionist hotel.Laju,jangan risau.

6.Kalau nak shopping,better shopping kat sini sebab barang kat sini lagi banyak berbanding di Mekah.Contoh,sejadah.Sangat banyak dan cantik-cantik.Tapi,kalau nak beli magnet,keychain aku nasihat pergilah beli dekat Mekah kat kedai 2 riyal.Sangatlah murah.

Kalau nak beli jubah,ada kategori harga juga.Kalau yang 30 riyal,40 riyal better beli di Madinah.Tapi,kalau nak yang cantik-cantik,kelipan banyak tu,better beli di Mekah kat Menara Jam sebab lagi murah dari di Madinah.Jubah di Madinah kalau yang kelip-kelip atau yang suka fesyen payung tu,paling murah dia bagi aku tanya hari tu 140/150 riyal.Tu pun penat aku minta tawar.Kalau kat Mekah,benda sama 100 riyal boleh dapat.Tapi,macam aku,aku suka fesyen payung boleh dapat 130 riyal.Dan sangatlah memuaskan hati.Nasiblah time tu aku beli dekat Mekah.
 So,before datang tu,tak payahlah beli jubah hitam dekat Malaysia.Nanti menyesal.Aku habaq betul ni.Sebab tengok dekat Mekah,boleh rambang mata.Biasalah perempuan kan.

Tapi,tulah,beli-beli jua,tapi jangalah over bajet ye. 

Tu je kot,Harap entry ni membantu bagi jemaah-jemaah yang bakal mengerjakan haji pada tahun-tahun-tahun hadapan.:)

to be continued...

No comments: