Tuesday 15 April 2014

MAHASISWA DAN ASSIGNMENTS


Mahasiswa dan assignments.Ianya ibarat langit dan bumi yang tak dapat dipisahkan.Minggu pertama,kita masih boleh relax-relax  & goyang-goyang kaki.Masuk minggu kedua,sedikit demi sedikit assignments tu mula datang bergolek-golek.Masuk pula minggu ketiga dan seterusnya ,ibarat masuk ke rumah tak bagi salam pun iya.Sebab apa?Boleh dikatakan hampir kesemua subjek akan ada assignments dan kadang kala due date pula dekat-dekat.Dah tu apa jadi?Stresslah jawabnya..





Dalam membuat assignments yang diberi oleh lectures,selalunya ia akan melibatkan group.Jarang sekalilah kena buat individu.Ada memang ada,tapi tak sebanyak group.Paling kurang pun dalam satu group mesti 3-4 orang.Hah,part ni penting.Maksudnya,dalam memilih ahli group.Sebab apa?Sebab kalau tersalah pilih,boleh lingkup markah ass. untuk subjek tu.

Kadang-kadang,masa buat ass. ni,macam-macam hal boleh berlaku.Antara kes yang paling famous,selalunya ia akan menguji persahabatan anda.Contoh,konflik dalam ahli group.Yang si A ni tak puas hati dengan si B.Sebab si B lepas tangan macam tu je atau buat kerja sambil lewa.Sedangkan ahli-ahli yang lain sampai tak tidur malam sebab nak siapkan ass. tu. That’s why it’s important to appoint one leader in the group.So that the group leader will able to divide the task fairly.Dan,ketua juga kena pastikan semua ahlinya buat part yang dah dibahagi-bahagikan.

Konflik lain pula,selalunya berlaku apabila nak bahagikan group.Contohlah,satu group kena ada 5 orang je.Tapi,geng korang ada 6 orang.So,nak tak nak,korang kena let go seorang.And of course susah nak buat macam tu.Pasal apa?Pasal tu kawan korang,ye tak?Ke mana-mana pun bersama.Makan sama.Pergi ke kelas sama-sama dan blablablabla.Sekali,hah korang kena tolak seorang dan suruh dia masuk dalam group lain.Pedih woo,pedih!Terutama yang kena tendang tu.Tapi,nak tak nak kenalah ada seorang yang beralah.Walaupun ianya nampak evil,tapi apa boleh buat.

Kebiasaannya,kita mesti nak pilih “geng-geng” kita bile buat assignments ye tak?That’s why bila lecturer bagi pilihan sama ada nak dia tentukan group atau pilihan sendiri,kita akan cakap,”Pilih sendiri!”.Walhal,kalau lecturers yang tentukan pun apa salahnya.Sebabnya,kita dapat berkerjasama dengan kawan yang kita tak pernah sama-sama buat ass.Barulah berkembang sikit otak tu.Ni tak,untuk semua subjek,ahlinya sama je.Walaupun kekadang banyak jugak kebaikannya yelah sebab senang nak buat kerja sama-sama ,blablablabla.Tapi,kengkadang kalau kita buat ass. dengan orang lain,di samping dapat mengembangkan otak kita ni,kita juga dapat bersosial dengan orang lain+mengenali  budi pekerti seseorang tu dengan lebih dekat lagi ye tak?

Anyway,sesiapa pun ahli group kita tu,as a group kita mestilah buat ass. tu dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa memberi yang terbaik.


Friday 4 April 2014

SEMESTER 3-IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI UiTM


 

 

Assalammualaikum.

Kehidupan semester 3 bagi aku adalah ianya lebih relax berbanding semester 2 yang penuh dengan liku liku kehidupan untuk diceritakan.Walaupun semester 3,pembelajarannya adalah lebih berat kerana ianya mempunyai 9 subjek yang harus dipelajari.

Dan,9 subjek itu adalah…

1.       Human Resources (HR)

Jujur aku kata,subjek ni sangat memerlukan kosentrasi yang tinggi di dalam kelas.Tapi,nak capai tahap kosentrasi tu agak susah sikit sebab errmmm,to be honest ianya sangat bosan.Basically,konsep HR ni ianya adalah mengenai bagaimana process mengrekrut seseorang ke dalam organisasi and etc.Final?Jangan risau kalau korang tak berapa focus dalam kelas,still ada peluang untuk berjaya sebab yang penting korang kenalah baca buku text+slides sampai lebam.InsyaAllah boleh.Sebab lama kelamaan,korang akan mendapati yang subjek ni best sebab ianya berkaitan dengan diri kita di masa hadapan.

2.       Public Relation (PRO)

Subjek yang paling banyak chapter untuk dihabiskan berbanding subejk-subjek lain.Tapi,subjek ni jugaklah yang menjadi lubuk emas bagi sesiapa yang ambil subjek ni.Hal ini kerana,ianya adalah subjek yang best untuk dipelajari jua difahami.

3.       Advance Business Law

Semester 3 adalah semester yang terakhir kalian akan berjumpa dengan subjek ni.Untuk sem 3 ini,silibus pembelajarannya adalah lebih kurang sama dengan sem 2.Cuma yelah,korang akan belajar lebih details lagi mengenai business law.

4.       Management Account

Kalau nak dibandingkan dengan account waktu semester 1,acc semester 3 ni boleh dikatakan relax sikit.Sebab hanya ada 5 chapter je yang perlu dipelajari.Tapi,dalam chillax-chillax tu,kena perah otak sampai faham pasal konsep dia.Kalau dah faham,barulah senang nak buat latih tubi.Nasihat untuk subjek ni,buatlah past year sampai lebam.InsyaAllah,waktu final nanti mudah untuk menjawabnya.

5.       CTU(Hubungan Etnik)

Pembelajaran subjek ni adalah 100 % dalam Bahasa melayu.Subjek ni,korang akan belajar mengenai perpaduan dalam negara ni,apa itu DEB,apa yang berlaku selepas tahun 1969 dan sebagainya.

 6.       Bel

Subjek ni macam biasalah.Dah nama pun bel.Hahah.

7.       3rd Language

Terdapat 4 bahasa yang ditawarkan bagi fsppp iaitu:

a)      Japanese

b)      Mandarin

c)       France

d)      Arabic

Macam aku,aku ambil Japanese.Sebab ianya senang untuk dipelajari kalau nak dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain.Skop tugasan untuk 3rd language basically adalah sama iaitu:

a)      Kena buat video (berlakon in a group)

b)      Listening

c)       Writing

d)      Oral

 8.       Elektif

Terdapat beberapa pilihan iaitu:

a)      Social Marketing (SOMA)

SOMA adalah salah satu subjek hot sentap yang ramai gila orang nak amik.Bagi yang suka berinteraksi dengan orang ramai,subjek ni adalah subjek yang tepat buat anda.Sebab nanti,korang akan kena buat projek.Projek tu adalah korang kena buka booth dan terpulanglah korang nak buat pasal apa.Tapi,nak buat projek ni,korang kena cari sponsor.Hah,tu je kot sebab selebihnya,aku tak dapat nak explain lebih sebab aku tak ambil subjek ni.

b)      Total Quality Management

Kengkawan yang ambil subjek ni kata mudah nak score.Sebab ianya macam subjek sem 1.Kesinambunganlah kiranya.

c)       Malaysian Premiership Studies

Aku ambil subjek ni.Basically ianya pasal Perdana Menteri Malaysia.Contoh,latar belakang mereka,sumbangan mereka pada negara kita dan blablabla.Subjek ni kena buat research yang mendalam sebab kalau hanya mengharapkan buku + slides semata-mata,susah nak jawab final exam nanti.Maka,korang kenalah rajin baca newspaper,google kat internet and etc.


d)      International Relation

Subjek ni pun lebih kurang sama dengan MPS.Meaning,tak boleh bergantung harap pada textbook+slides semata-mata,kalau tak lingkup.Skopnya adalah merangkumi global sebab dan namapun perhubungan antarabangsa.

p/s: Tips sikit.

Actually,setiap subjek depends pada lecturer.Kalau lecturer ok,InsyaAllah result akan ok.Tapi,usaha sendiri jua penting.Don’t ever give up.Gambate!

Itu je setakat ini.Diharapkan entry ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam mengharungi semester 3.Selamat maju jaya.

 

Tuesday 1 April 2014

SEMESTER 2-IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI UITM








Assalammualaikum.

Semester 2 mula menjengah tatkala berakhirnya semester 1.Namun,semester 2 tidak semudah yang disangka.Berbekalkan lebih banyak pembelajaran yang menekankan mengenai fahaman teori,semester kali ini memerlukan kosentrasi dan pemahaman yang lebih tinggi berbanding semester 2.Sudah tentulah kerana,semakin meningkat semester, pembelajarannya jua semakin up!

So,semester 2 kali niada 8 subjek.Dan subjek-subjeknyaadalah:

     1.       INTRODUCTION TO PUBLIC ADMINISTRATION

Basically,subjek ni adalah berkaitan dengan sistem administration negara kita ni. Walaupun subjek ini nampak relax untuk dipelajari,tetapi…..hakikatnya ianya susah nak score.Dan,untuk subjek ni,ianya tak boleh depends 100% pada slides sahaja sebab kalau tak,kelautlah jawabnya.Tapi,tak pe jangan risau.Cik google kan hado.So,jangan malas-malas nak cari informasi mengenaiapa yang dipelajari.Idakpun,carilah buku yang berkaitan dengan public administration in our country.InsyaAllah membantu.

      2.       MANAGEMENT PRINCIPLES
A lot of theories.Ni pun adik beradik si admin.Nampak relax,tapi…hmmm.

      3.       INDUSTRIAL RELATIONS
Subject yg bagi aku is the killer subject.So,this subject ni kena diberi penumpuan yang lebih sikitlah berbanding subject lain.Senang cerita,dari kulit depan buku sampailah kebelakang kena fahamkan betul-betul dan hafal.

      4.       ECONOMICS
Kalau korang dah belajar eco waktu asasi,ianya memudahkan anda untuk score this subject.For me,it is fun to learn it.

      5.       BUSINESS LAW
Law again.Kali ni ianya melibatkan contract,SOGA and HP.One of the best subject so far.

6.   BUSINESS STATISTICS
Memerlukan banyak latihan,kalau tak lingkup.Sebab kalau just faham tanpa buat banyak latihan,agak sukar untuk score this subject.
   
      7.    KOKURIKULUM
Sem 2 ni,korang dah tak payah masuk kesatriamacamsem 1.Bebas untuk pilih kelab mana-manapun.Tapi,bagi yang join kesatria negarasem 2,kalian akan belajar tempur tanpa senjata(TTS).Faedahnya?Kalian akan dapat mengeluarkan peluh sampai lenjun sebab exercisenya dan pergerakannya yang memerlukan kekuatan dan ketangkasan.And senang nak dapat A jugak.Hikhik.

Actually,setiap subjek depends pada lecturer.Kalau lecturer ok,InsyaAllah result akan ok.Tapi,usaha sendiri jua penting.Don’t ever give up.Gambate!