Thursday 21 August 2014

RESEPI MASAK LALA SOS TIRAM

Assalammualaikum.

Memandangkan cuti ni tak ada buat apa-apa,maka aku pun beralihlah ke bidang masakan.Walaupun aku ni tak delah reti masak sangat pun,tapi bolehlah.Sebab hari ni teringin sangat nak makan lala,so hari ni terhidanglah masakan lala sos tiram.

Kuahnya tersorok sebab banyak sangat lala ~~

Senang je nak masak lala sos tiram ni.

Bahan-bahan:

Bawang Putih & Bawang Merah Kecil (hiris)
Sos Tiram
Gula & Garam
Bawang Merah Merah( dihiris bulat)
Cili Merah
Air(bergantung pada cita rasa)

Cara-cara nak masak:

1.Mula,mula panaskan minyak.
2.Lepas tu,tumiskan bawang putih & bawang merah kecil.
3.Agak-agak dah garing,masukkan air sikit.Tapi,kalo korang suka kuah banyak,letaklah banyak.Ikut pilihan masing-masing.
4.Lepas tu masukkan sos tiram,gula dan juga garam sesedap rasa.
5.Lepas tu masukkanlah si lala.
6.Bila dah agak-agak nak masak tu,taburkan bawang putih dan juga cili merah yang dah dihiris tadi.
7.Dah siap,masukkan ke dalam pinggan dan selamat menjamu selera.

Selamat mencuba :)

Wednesday 13 August 2014

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI UiTM SEREMBAN 3?


Assalammualaikum.

Kali ni,nak cerita sikit tentang UiTM Seremban 3 ni.Al maklumlah,den pun baru pindah sini last sem.Sedih noks,bila mengenangkan kena pindah sini.Yelah,mana taknya,punya best den duduk dekat shah alam tu,alih alih kena transfer kat sini.

Tapi,it's okay.Suasana dekat sini aman damai.Tak hiruk pikuk macam dekat shah alam tu.

Buat pengetahuan semua,kat sini hanya ada tiga course je yang ditawarkan iaitu,Fakulti Sains Pentdbiran dan Pengajian Polisi,Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan juga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

Kampus ni taklah besar sangat.Sebab kalo korang jogging satu UiTM ni pun just ambil masa 5 minit gitu je.Just nice gituh.
So,jom tengok sikit buildings dekat sini.





Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi


Fakulti Sains Komputer dan Matematik



Padang UiTM


Kolej Puteri Mayang Selida


Ni,kolej perempuan.Nama kolej ni Kolej Puteri Mayang Selida.Jangan tanya aku kenapa nama dia panjang sangat hokay.Hanya ada satu blok je untuk kolej gigirls ni.Dan kolej ni disediakan hanya untuk budak diploma,degree part 1 dan juga bagi pelajar yang menjawat jawatan.Contoh mcm,MPP,JPKK,JPK dan yang sewaktu dengannya.


Guess what?Nilah biliknya yang gojes and bagi aku memang exclusive.Muat untuk 4 orang dan siap ada tandas lagi dalam bilik ni.


Medan Makan Persukuan

 Medan makan persukuan ni memisahkan antara kolej gigirls and boboys.So,kalau nak makan senang je,turun dari lif,jalan sikit ...dan sampailah ke destinasi yang dituju.



Kolej lelaki.Kolej Bendahara Skudai




Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi



Unit Kesihatan



Ruang perpustakaan yang berwarna warni


Perpustakaan Tun Razak (PTAR)


For your info,dalam u ni tak de guna rapid macam dekat shah alam dulu.Sebab,macam yang den cakap tadi,kampus ni kecil je.Bagi yang duduk kolej pula,memang tak boleh bawa kenderaan,unless yang duduk luar bolehlah bawa.

Mungkin ada yang tertanya-tanya,dah tu kalo duduk kolej,tak boleh bawa kenderaan,dah tu macam mana nak keluar dari sini.Okay,senang je.Guna teksi.Sebab bas memang tak lalu dekat situ.No choice,huh.I feel you.Tapi,jangan risau,tempat ni tak delah ceruk sangat.Sebab kalo nak ke bandar,dlam 15 minit gitu sampailah.Standard harga satu teksi dalam RM 12.Dan jangan risau, ada banyak mall jugak dekat seremban ni.Contoh,Palm Mall,Terminal one Mall,Aeon,Parkson and even ada Mydin kedua terbesar dekat Malaysia,if I'm not mistaken.Kalau rasa nak ke PD,pun okay juga.Perjalanan just dlam 30 minit.And even kalau nak ke Melaka pun dekat,around sejam gitu.

So,pada yang dapat dekat UiTM Seremban 3 ni,selamat datang diucapkan.



Wednesday 11 June 2014

PERKHEMAHAN DI JERAM SRI PILAH SESI 1





Teruja,excited but at the same time nervous.Basically,ni kem kedua yang aku join.Yang first dengan kompeni H yang aku kira aku still tak boleh move on lagi dengan kem tu sebab ianya sangat awesome.Maka,pada 16/5/2014 kami pun bertolaklah ke kem jeram sri pilah.

16.5.2014 *1st day

Kami berkumpul di perkarangan medan persukuan dalam pukul 2.30pm.Tepat pukul 3pm ,bas mula bergerak meninggalkan perkarangan UiTM tercinta.Memandangkan barang-barang kem semuanya perlu dipinjam di Kuala Pilah,maka 2 bas yang pada mulanya gerak sekali terpisah di tengah jalan.Bas yang aku naiki bersama el dan juga faisal bergerak terus menuju ke kem.Maka,dalam pukul 5pm gitu,kami pun tiba di sana.Memandangkan hanya ada satu bas je yang baru sampai,maka para pelatih yang sampai awal tu,kami dah mulakan aktiviti music chair sementara menunggu bas yang lagi satu sampai.Aktiviti sebelah malam ,macam biasalah, nite walk.To be the truth,aku ni memanglah penakut nak masuk hutan bagai.Nak-nak pulak kena jaga dekat dengan pondok durian yang usang.Sekali pandang memang scary bak hang.Nasib lah jaga dengan Mel dan juga encik Sadiq.Tapi,tulah lama gila nite walk ni.Start dari pukul 12.30am-5am.Memang the best lah aku rasa.Ngantok tak payah cakap.Dari ada perasaan takut,terus rasa bengang+annoyed sebab lama sangat kena jaga checkpoint.

17.5.2014 *second day

Pagi yang indah beserta kicauan burung-burung.Aktiviti pagi ini dimulakan dengan aktiviti jungle tracking.Tapi,kali ni hanya el,ariff and faez je yang gagah nak ikut para pelatih.Kami ingat mula-mula nak ikut,tapi memandangkan kena prepare untuk aktiviti petang pula,maka hasrat untuk naik ke hutan terpaksa dikuburkan.Tapi,tulah,start pagi tulah,kami sediakan air ubat gegat sampai fawaz pun lalok kena air ubat gegat tu~~...and that moment our friendship telah maju setapak lagi.

Tak boleh blah waktu tengah hari,sedang si ita sibuk membalut hadiah sambil dikerumuni oleh aku,izz,fawaz and faisal,tetiba si fawaz tertidur pula dekat gazebo tu hah.Yelah,satu malam tak tidur mestilah letih+penat+ngantok ye tak?Si ita ni pula,dah nampak si fawaz terlena,dirakamnya video.Tak semena-menanya,si fawaz tetiba bangun sambil mengenggam tangan dan berkata"AKHIRNYA!" Memang kami pun macam...."dah kenapa dia ni?ngingau ke apa?"Hah,dari situlah dia asyik kena bahan je dengan kami sampai habis kem.Dan tanpa disedari,that moment our friendship once again semakin bonding gituh.Aktiviti petang pulak,kami main flag race.Tugasannya senang je.Kena cari flag yang ada nama komander then kena dapatkan tandatangan dia.Macam critical thinking gitu.
Tapi,tak semudah tu nak cari.Banyak flag yang fake kami letak.Memandangkan kawasan tu kecik,maka bertindan-tindanlah aku,fawaz and izz letak.Fawaz selit kat batu belah sini,aku pergi bahagian hujung.Yang si izz selit pulak sebelah batu antara aku and fawaz.Hmmm.....So far,not bad,budak-budak tu awesome.Waktu tengah main tu,ita berpakat suruh kami sorokkan satu je ahli kumpulan bebudak ni hah.Kononnya,awesome kot buat macam tu ~~...Sebelah malam ,aktiviti perkampungan asli.Hah,part ni tak boleh blah.Punya penatlah ubat gegat tu fawaz and faisal dok kerjakan untuk aktiviti mlm tu,last-last guna air biasa juga.Aku pun tara paham.Malam tu aku,izz and el tertido agak awal.Dalam pukul 3 jugaklah.Ngantok ooi nak sentri.

18.5.2014 *3rd day

Explorace adalah aktiviti pagi ni.What I can say is:"They are just too awesome and they seems to enjoy it.Yang paling penting sporting wooo". Cayalah depe ni.Overall,semuanya berjalan dengan lancar.Bas tiba dalam pukul 3 lebih macam tu.Dlam pukul 5 barulah sampai.For the first time in my life aku kena duduk dekat tangga sebab seat dah penuh.Well,another great memory huh..


Tema kali ni,"Akhirnya,sahabat!"
Why?
Sebab melalui kem nilah baru kami kenal perangai each other.wakaka.

Awesome moment with awesome comrades.


Monday 9 June 2014

PERKHEMAHAN DI JERAM SRI PILAH SESI 2



To be the truth,aku tak teruja sangat pun nak pergi kem sesi yang kedua ni.Dahlah tempat camping yang sama,pelatih-pelatih pun tak berapa nak kenal sebab aku bukan komander yang incharge diorang waktu kor and most importantly,mereka bukan budak fac aku.Oh please jangan kata aku ni racist ke apa,tapi kalau kalian berada dekat tempat aku pun kalian akan rasa apa yang aku rasa.Aku ingat aku sorang je yang rasa macam tu,tapi my comrades pun kata benda yang sama.Tapi,sebab aku pikir my comrades and takkanlah aku nak biarkan mereka susah kat sana,aku pula lepak-lepak dalam bilik ,maka aku pun joinlah.Lagipun aku nak create another best moment in my life with them.Ecehh.
Lalu,dengan hati yang separa ikhlas,berjuanglah kami di sana.

7 June *first day

Memandangkan aku ada kelas sampai pukul 4,30 pm,so aku tak dapatlah saing sekali dengan bebudak tu sebabnya bas sampai di perkarangan uitm pada pukul 3 petang.Hmm,nasib baiklah ada yang sudi bawa diri ni,kalau tak memang aku tak pergilah jawabnya.Sesampai di kem,aku lihat para pelatih sudah diberi tugasan untuk membuat cheers.Cuma kelainan sikit daripada kem sesi lepas,kali ni para komander diberi tugasan untuk menjaga setiap kumpulan.Kira macam,satu kumpulan ada satu komander.Relevantnya di sini,bagi menyemarakkan lagi persaingan antara mereka.Katanyalah.Part yang kami rasa,maigad! Adalah bila mereka sendiri pun tak kenal nama kami.Maka nama kami pun tertukar sana sini ~~.Di sebelah malam pula,as usual,ada aktiviti night walk.Tapi,berbeza dengan kem sebelum ni,malam tu,langit gelap,tiada bulan dan hanya bertemankan bintang-bintang yang berkelipan.To be the truth,aku ni takdelah berani sangat.Cuma,sebab aku dah tahu nak jaga checkpoint mana dan most importantly aku tak kena jaga sorang,so wat peace wat lek.Ita,yang terkenal dengan perangai nakala dia tu,mulalah acr a ghost tetengah hutan tu sambil pakai telekung bagai.Walaupun aku tahu dia tu manusia,tapi kengkadang bila tengok dari tepi,aku pun scary juga.Night walk bermula dari pukul 1am-4am.Kira awal jugaklah habisnya dari hari tu.Balik je dari nite walk,kak kinah offer diri nak masak jemput-jemput.Oh yeah!Overall,untuk hari yang pertama not badlah.
sentri!sentri!

8 JUNE *second day

Aktiviti pagi dimulakan dengan jungle tracking. Memandangkan yang kem lagi satu aku tak berkesempatan nak naik,maka kali ni haruslah naik.Perjalanan yang memakan masa lebih kurang satu jam setengah,dengan tempatnya ayang agak mencabar dok turun naik bukit,tapi memberi kepuasan kepada aku.Best oooo.
Part yang paling best haruslah waktu mandi sungai.Gila kuat air terjun dia.Yang rarenya,bila peprincess dok happy mandi manda,yang si peprince pula gigih masakkan kami maggi.Hahaha.Sekala sekala ya dak.Bukan senang nak merasa masakan depe tu.


Dah habis mandi manada bagai after 2 hours,kami pun get ready nak balik ke basecamp.Tapi,yang awesomenya bila nak balik,hanya 30 minit je dah sampai.Padahal bila naik tadi,punyalah lama.~~Di sebelah petang,dimulakan dengan aktiviti flag race.Game yang lepas pun kami buat macam ni juga.Cuma tulah,beza sangat suasananya.Kalau yang froup hari tu,bersemanagt waja + kecoh nak cari flag-flag yang tersembunyi tu.Tapi yang kali ni,kami pula rimas duk kena serbu sekaligus.Di sebelah malam,aktiviti operasi burung hantu(OBH).Aku rasa game nilah yang paling best sebab yelah kelakar tengok gelagat-gelagat budak-budak ni.
kami,as usuallahSambil menunggu bebudak tu sambil bergambo.
Malam as usual,aku,el and izz sibuk nak siapkan preparation untuk game explorace esok.Tapi,sebab badan pun dah letih,aku tewas pada pukul 3am.Uhukk.

9 JUNE *third day

Last day ooiii.Pagi dimulakan dengan aktiviti explorace.Macam biasalah kena jaga checkpoint.Aku,jaga checkpoint air beracun,izzmel jaga cari duit syiling dalam baldi,faisal and kak kinah jaga tali skipping,ita and mel,maggi kopi power and fawz jaga ckeckpoint menguji minda anda…ecehhh!So far so good.Ada yang sporting ada yang errk,ape bendalah game ni.Tapi,tulah aku cakap,diorang ni pendingand tak sehuahua macam yang group lagi sat utu.So,kalau hambar,aku rasa bukan salah dr pihak kamilah,dari pihak mereka juga.Hmmm.Pukul 1 macam tu,aku n izz balik dulu sebab cik dayah kasi tumpang naik kereta walaupun pada awalnya memang kami nak naik bas.Bes juga bila naik bas macam hari tu walaupun taka da seat and kena merempay kat tangga.
Maka berakhirlah kem bagi sesi ini.The best moment ialah,bila kami sendiri dapat create bonding with each other.:)


                                                                                    

selfie sikit..


acah-acah tugu negara katanya!



THANKS FOR THE MEMORY,COMRADES !

Tuesday 27 May 2014

21

Today....

#MunirahTurns21

Entah,kadang-kadang rasa macam tak percaya aku dah umur 21.
Padahal,perangai still macam 17 tahun.
I miss the old days.


Tuesday 15 April 2014

MAHASISWA DAN ASSIGNMENTS


Mahasiswa dan assignments.Ianya ibarat langit dan bumi yang tak dapat dipisahkan.Minggu pertama,kita masih boleh relax-relax  & goyang-goyang kaki.Masuk minggu kedua,sedikit demi sedikit assignments tu mula datang bergolek-golek.Masuk pula minggu ketiga dan seterusnya ,ibarat masuk ke rumah tak bagi salam pun iya.Sebab apa?Boleh dikatakan hampir kesemua subjek akan ada assignments dan kadang kala due date pula dekat-dekat.Dah tu apa jadi?Stresslah jawabnya..





Dalam membuat assignments yang diberi oleh lectures,selalunya ia akan melibatkan group.Jarang sekalilah kena buat individu.Ada memang ada,tapi tak sebanyak group.Paling kurang pun dalam satu group mesti 3-4 orang.Hah,part ni penting.Maksudnya,dalam memilih ahli group.Sebab apa?Sebab kalau tersalah pilih,boleh lingkup markah ass. untuk subjek tu.

Kadang-kadang,masa buat ass. ni,macam-macam hal boleh berlaku.Antara kes yang paling famous,selalunya ia akan menguji persahabatan anda.Contoh,konflik dalam ahli group.Yang si A ni tak puas hati dengan si B.Sebab si B lepas tangan macam tu je atau buat kerja sambil lewa.Sedangkan ahli-ahli yang lain sampai tak tidur malam sebab nak siapkan ass. tu. That’s why it’s important to appoint one leader in the group.So that the group leader will able to divide the task fairly.Dan,ketua juga kena pastikan semua ahlinya buat part yang dah dibahagi-bahagikan.

Konflik lain pula,selalunya berlaku apabila nak bahagikan group.Contohlah,satu group kena ada 5 orang je.Tapi,geng korang ada 6 orang.So,nak tak nak,korang kena let go seorang.And of course susah nak buat macam tu.Pasal apa?Pasal tu kawan korang,ye tak?Ke mana-mana pun bersama.Makan sama.Pergi ke kelas sama-sama dan blablablabla.Sekali,hah korang kena tolak seorang dan suruh dia masuk dalam group lain.Pedih woo,pedih!Terutama yang kena tendang tu.Tapi,nak tak nak kenalah ada seorang yang beralah.Walaupun ianya nampak evil,tapi apa boleh buat.

Kebiasaannya,kita mesti nak pilih “geng-geng” kita bile buat assignments ye tak?That’s why bila lecturer bagi pilihan sama ada nak dia tentukan group atau pilihan sendiri,kita akan cakap,”Pilih sendiri!”.Walhal,kalau lecturers yang tentukan pun apa salahnya.Sebabnya,kita dapat berkerjasama dengan kawan yang kita tak pernah sama-sama buat ass.Barulah berkembang sikit otak tu.Ni tak,untuk semua subjek,ahlinya sama je.Walaupun kekadang banyak jugak kebaikannya yelah sebab senang nak buat kerja sama-sama ,blablablabla.Tapi,kengkadang kalau kita buat ass. dengan orang lain,di samping dapat mengembangkan otak kita ni,kita juga dapat bersosial dengan orang lain+mengenali  budi pekerti seseorang tu dengan lebih dekat lagi ye tak?

Anyway,sesiapa pun ahli group kita tu,as a group kita mestilah buat ass. tu dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa memberi yang terbaik.


Friday 4 April 2014

SEMESTER 3-IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI UiTM


 

 

Assalammualaikum.

Kehidupan semester 3 bagi aku adalah ianya lebih relax berbanding semester 2 yang penuh dengan liku liku kehidupan untuk diceritakan.Walaupun semester 3,pembelajarannya adalah lebih berat kerana ianya mempunyai 9 subjek yang harus dipelajari.

Dan,9 subjek itu adalah…

1.       Human Resources (HR)

Jujur aku kata,subjek ni sangat memerlukan kosentrasi yang tinggi di dalam kelas.Tapi,nak capai tahap kosentrasi tu agak susah sikit sebab errmmm,to be honest ianya sangat bosan.Basically,konsep HR ni ianya adalah mengenai bagaimana process mengrekrut seseorang ke dalam organisasi and etc.Final?Jangan risau kalau korang tak berapa focus dalam kelas,still ada peluang untuk berjaya sebab yang penting korang kenalah baca buku text+slides sampai lebam.InsyaAllah boleh.Sebab lama kelamaan,korang akan mendapati yang subjek ni best sebab ianya berkaitan dengan diri kita di masa hadapan.

2.       Public Relation (PRO)

Subjek yang paling banyak chapter untuk dihabiskan berbanding subejk-subjek lain.Tapi,subjek ni jugaklah yang menjadi lubuk emas bagi sesiapa yang ambil subjek ni.Hal ini kerana,ianya adalah subjek yang best untuk dipelajari jua difahami.

3.       Advance Business Law

Semester 3 adalah semester yang terakhir kalian akan berjumpa dengan subjek ni.Untuk sem 3 ini,silibus pembelajarannya adalah lebih kurang sama dengan sem 2.Cuma yelah,korang akan belajar lebih details lagi mengenai business law.

4.       Management Account

Kalau nak dibandingkan dengan account waktu semester 1,acc semester 3 ni boleh dikatakan relax sikit.Sebab hanya ada 5 chapter je yang perlu dipelajari.Tapi,dalam chillax-chillax tu,kena perah otak sampai faham pasal konsep dia.Kalau dah faham,barulah senang nak buat latih tubi.Nasihat untuk subjek ni,buatlah past year sampai lebam.InsyaAllah,waktu final nanti mudah untuk menjawabnya.

5.       CTU(Hubungan Etnik)

Pembelajaran subjek ni adalah 100 % dalam Bahasa melayu.Subjek ni,korang akan belajar mengenai perpaduan dalam negara ni,apa itu DEB,apa yang berlaku selepas tahun 1969 dan sebagainya.

 6.       Bel

Subjek ni macam biasalah.Dah nama pun bel.Hahah.

7.       3rd Language

Terdapat 4 bahasa yang ditawarkan bagi fsppp iaitu:

a)      Japanese

b)      Mandarin

c)       France

d)      Arabic

Macam aku,aku ambil Japanese.Sebab ianya senang untuk dipelajari kalau nak dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain.Skop tugasan untuk 3rd language basically adalah sama iaitu:

a)      Kena buat video (berlakon in a group)

b)      Listening

c)       Writing

d)      Oral

 8.       Elektif

Terdapat beberapa pilihan iaitu:

a)      Social Marketing (SOMA)

SOMA adalah salah satu subjek hot sentap yang ramai gila orang nak amik.Bagi yang suka berinteraksi dengan orang ramai,subjek ni adalah subjek yang tepat buat anda.Sebab nanti,korang akan kena buat projek.Projek tu adalah korang kena buka booth dan terpulanglah korang nak buat pasal apa.Tapi,nak buat projek ni,korang kena cari sponsor.Hah,tu je kot sebab selebihnya,aku tak dapat nak explain lebih sebab aku tak ambil subjek ni.

b)      Total Quality Management

Kengkawan yang ambil subjek ni kata mudah nak score.Sebab ianya macam subjek sem 1.Kesinambunganlah kiranya.

c)       Malaysian Premiership Studies

Aku ambil subjek ni.Basically ianya pasal Perdana Menteri Malaysia.Contoh,latar belakang mereka,sumbangan mereka pada negara kita dan blablabla.Subjek ni kena buat research yang mendalam sebab kalau hanya mengharapkan buku + slides semata-mata,susah nak jawab final exam nanti.Maka,korang kenalah rajin baca newspaper,google kat internet and etc.


d)      International Relation

Subjek ni pun lebih kurang sama dengan MPS.Meaning,tak boleh bergantung harap pada textbook+slides semata-mata,kalau tak lingkup.Skopnya adalah merangkumi global sebab dan namapun perhubungan antarabangsa.

p/s: Tips sikit.

Actually,setiap subjek depends pada lecturer.Kalau lecturer ok,InsyaAllah result akan ok.Tapi,usaha sendiri jua penting.Don’t ever give up.Gambate!

Itu je setakat ini.Diharapkan entry ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam mengharungi semester 3.Selamat maju jaya.

 

Tuesday 1 April 2014

SEMESTER 2-IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI UITM








Assalammualaikum.

Semester 2 mula menjengah tatkala berakhirnya semester 1.Namun,semester 2 tidak semudah yang disangka.Berbekalkan lebih banyak pembelajaran yang menekankan mengenai fahaman teori,semester kali ini memerlukan kosentrasi dan pemahaman yang lebih tinggi berbanding semester 2.Sudah tentulah kerana,semakin meningkat semester, pembelajarannya jua semakin up!

So,semester 2 kali niada 8 subjek.Dan subjek-subjeknyaadalah:

     1.       INTRODUCTION TO PUBLIC ADMINISTRATION

Basically,subjek ni adalah berkaitan dengan sistem administration negara kita ni. Walaupun subjek ini nampak relax untuk dipelajari,tetapi…..hakikatnya ianya susah nak score.Dan,untuk subjek ni,ianya tak boleh depends 100% pada slides sahaja sebab kalau tak,kelautlah jawabnya.Tapi,tak pe jangan risau.Cik google kan hado.So,jangan malas-malas nak cari informasi mengenaiapa yang dipelajari.Idakpun,carilah buku yang berkaitan dengan public administration in our country.InsyaAllah membantu.

      2.       MANAGEMENT PRINCIPLES
A lot of theories.Ni pun adik beradik si admin.Nampak relax,tapi…hmmm.

      3.       INDUSTRIAL RELATIONS
Subject yg bagi aku is the killer subject.So,this subject ni kena diberi penumpuan yang lebih sikitlah berbanding subject lain.Senang cerita,dari kulit depan buku sampailah kebelakang kena fahamkan betul-betul dan hafal.

      4.       ECONOMICS
Kalau korang dah belajar eco waktu asasi,ianya memudahkan anda untuk score this subject.For me,it is fun to learn it.

      5.       BUSINESS LAW
Law again.Kali ni ianya melibatkan contract,SOGA and HP.One of the best subject so far.

6.   BUSINESS STATISTICS
Memerlukan banyak latihan,kalau tak lingkup.Sebab kalau just faham tanpa buat banyak latihan,agak sukar untuk score this subject.
   
      7.    KOKURIKULUM
Sem 2 ni,korang dah tak payah masuk kesatriamacamsem 1.Bebas untuk pilih kelab mana-manapun.Tapi,bagi yang join kesatria negarasem 2,kalian akan belajar tempur tanpa senjata(TTS).Faedahnya?Kalian akan dapat mengeluarkan peluh sampai lenjun sebab exercisenya dan pergerakannya yang memerlukan kekuatan dan ketangkasan.And senang nak dapat A jugak.Hikhik.

Actually,setiap subjek depends pada lecturer.Kalau lecturer ok,InsyaAllah result akan ok.Tapi,usaha sendiri jua penting.Don’t ever give up.Gambate!

Monday 3 February 2014

TOUCHDOWN BUKIT MERAH!


Assalammualaikum.

It’s the first timefor me in my life,sepanjang tempoh 21 tahun aku bernafas di bumi ini,aku pergi bercuti bersama rakan-rakan.Perancangannya,kami akan pergi bercuti di Bukit Merah,Taiping sejurus selepas final exam berakhir.

And here is the story…..

20 hb January 2014

Mengikut perancangan,aku,dilah dan zana akan berjumpa di medan kidd sebelum meneruskan perjalanan menuju ke bukit merah dengan menaiki bas.Tapi,alhamdulillah,disebabkan ancik pun satu hala nak pergi penang,maka tumpang jelah ancik.Kami tiba di sana dalam pukul 11am.Disebabkan maz masih tidak kunjung tiba,maka kami pun decide nak check in hotel dulu.

Namun……

Apabila nak check in tu,diberitakan bahawa hotel itu bukanlah hotel yang kami tempah.Hotel tu actually jauh lagi .Perasaan time tu macam kena hempap dengan batu.Yelah,kalau nak pergi sana,dia kata lagi 1.5km baru sampai.Gila tak gila.Memang taklah nak jalan kaki di bawah terik matahari tu.Nak tak nak kenalah tunggu maz.Nasiblah maz datang naik kereta.Kalau tak....Sementara nak tunggu maz sampai,kami pun berlegar-legarlah dekat sana.Jejenguk apa yang ada.



Namun….

Sekali lagi aku rasa kena hempap dengan batu.

Nak tahu apa sebabnya???

Kedai first yang kami masuk adalah kedai yang jual souvenir..*ownernya melayu.
Like seriously,kami tak perasan pun yang sebenarnya kedai tu baru bukak.Meaning dia baru nak keluarkan segala barang dia.Yelah,sebab kedai tu macam dah bukak.Pukul 11 lebih kot.Takkanlah tak bukak lagi,ye tak?Kalau ikut logic akal akulah.Then,tak semena-menanya pekerja dia kata “Adik,kami tak bukak kedai lagilah”.Nadanya seakan akan menghalau kami agar keluar daripada kedainya itu.So,kami pun apa lagi,angkat kaki then belah.

Next, kedai souvenir jugak.Tapi kali ni owner dia cina.Walaupun kedai dia tak fully bukak lagi,tapi dia still layan kami.Betapa bezanyalah layanan antara peniaga cina dengan peniaga melayu ni.I’m sorry to say,tapi itulah sebabnya mengapa peniaga cina lagi berjaya.Ronda-ronda kedai tu,dan akhirnya belilah jugak souvenir as kenangan.

But seriously,aku tak sangka yang bukit merah tu macam "kota mati".I mean,aku ingatkan tempat tu macam lost world of tambun ke,sunway ke.Yelah,tempat percutian maa.Ni tak,semua kedai macam tutup.Nak cakap pasal tempat makan?Lagilah,macam apa je.Boleh dalam pukul 12 still tak da makanan?Harga pulak,errmmmmm,yak payah cakaplah.

Memandangkan dah lapar,and penat menunggu maz yang tak kunjung tiba,maka kami pun decide untuk duduk merenung masa depan yang tak berapa pasti.Then call maz,suruh dia bungkuskan makanan memandangkan tempat ni macam erghhh…

Sekitar pukul 12.30pm macam tu.Akhirnya maz tiba bersama makanan.Riangnya kami tidak terkata.Lepas 
tu terus check in hotel.And guess what?On the way pergi ke hotel tu,tempat tu tersangatlah creepy.Maybe sebab weekdays maka tak de orang.Tapi,apa hal tempat tu macam using sangat.Selamatlah hotel tu boleh ahan cantik.Nampaklah lalu lalang high way.


Kolam renang ni kalau dilihat dari atas sumpah awesome!

After makan and solat,kami pun get ready untuk bermandi manda di waterpark tu.Tiket masuk berharga RM 24.

Namun….

Kami ketiga kami dihempap dengan batu.
Banyak mainan air yang still under construction. Alasan sebab weekdays.Tak logic akal sungguhlah.Nak tak nak kami pun masuklah.Yelah,dah dating jejauh takkan tak naka mandi pulak kan?
Bila masuk je,macam krik,krik,krik,krik…….

Ada 4 benda je kami boleh main iaitu:


1.Boomerang

2.Kampung air


3.Slides


4.ermmm,tak sure nama dia apa




Jadi itulah dia.Tiket yang berharga rm 24 dan hanya boleh main sebanyak itu sahaja.Agak mengecawakan.Air pulak terlebih klorin,masin mengakahkan air laut.Tapi yang agak best pun main “boomerang” je lah kot..Tu pun cukuplah sekali je aku naik.Gila horror.Tinggi nak mampus.Yang kelakarnya,baru masuk satu jam dah rasa bosan.Yelah,bosan tak tahu nak main pa.Cukup 2 jam lebih sikit,kami decide untuk keluar.Memanglah bayar mahal,tapi kalau stay lebih lama kat situ,boleh jadi bingung sebab tak tahu nak main apa.

Bila dah main dengan air,confirmlah lapar.Kami decide untuk makan di luar sahaja.Destinasinya adalah Bandar taiping.!wUhuuu!!Dah sampai bandar taiping,jumpa pulak mall.Memandangkan banyak yang tengah sale,apa lagi,boronglah.Maka percutian kami ni telah bertukar kepada shopping mopping.Girls,biasalah.

21hb January 2014

Pagi yang indah.Konon nak main kolam dekat bawah,but we end up zzzzzZzZZZ.
Dalam pukul 10 kami check out hotel dan prepare untuk balik semula ke teratak tercinta.Tak cukup dengan shopping semalam,tambah lagi hari ni.Kali ni singgah the store pulak.Kan dah cakap,kami lagi enjoy pergi shopping instead mandi manda tu.Wakaka.

Then,tibalah masa untuk berpisah.Time ni memang mencabar.Yelah,ce bayangkan,pergi hentian bas kemunting,ade tiket untuk aku,dila dan zana.tak de untuk yana.Then,supposedly pergi hentian bas taiping,tapi Maz salah dengar.End up pergi hentian bas simpang taiping.Padahal hentian bas taiping tu dekat je dengan te store tempat kami shopping tadi.Kesian Maz,dok ulang alik.

Jadi itulah cerita aku dan kisah percutian ke bukit merah.Dan kami berikrar,takkan menjejakkan kaki lagi ke sini.Cukuplah hanya sekali.

But after all,yang paling penting,kami dapat bercuti bersama walaupun banyak betul dugaannya.