Thursday 27 April 2017

PENGALAMAN TEMUDUGA PTD M41







Assalammualaikum.

26 April 2017.

Hari yang ditunggu sudah tiba.Jantung berdetak dukdakdukdak.Memandangkan sesi aku adalah pada pukul 11.00 am,makanya aku tiba di sana setengah jam awal.Sebenarnya boleh je kalau nak datang awal,sebab urusetia akan bagi nombor kepada sesiapa yang datang dulu.First come first serve.

Waktu sampai sana,aku tengok no baru 3005(waktu tu dah 10.30),sedangkan no aku 3011.Memandangkan setiap yg masuk tu mengambil masa lebih kurang setengah jam,aku dari rasa nervous dah jadi macam tak ada feeling dah sebab lama menunggu.

Around 1.15 pm tepat aku masuk.Time tu azan tengah berkumandang.Memandangkan waktu tu baru je habis azan,panel pun tanya,

"Awak orang Ipoh kan.Biasa datang UTC ni.Yang azan tadi tu datang dari mana ye,Masjid ke Surau ke atau Radio.Suara yang azan ni macam familiar kan."

Me:Aku dah kedip kedip mata dah.Aku jawab,tak silap saya ni radio Datuk,sebab kat sini Masjid jauh.Yang suara orang azan tu macam Arab.Jujur jelah aku jawab memandangkan aku memang tak tahu sapakah gerangannya.Selepas itu,bermulalah sesi iv....

So,ni antara soalan-soalan yang aku dapat :

1.Perkenalkan diri
2.Kenapa nak jadi PTD
3.Tn 50
4.Proses membuat Bajet & siapa yang luluskan
5.BR1M

Durasi:30 minit

Nampak sikit kan,tapi penuh dengan provokasi.Tapi,so far oklah bagi aku.Dasar-dasar atau polisi lain memang panel tak ada tanya.Reseki aku dapat soalan macam ni.Ada setengah tu  lagi dasat-dasat soalan yang kena tanya sampai aku dengar pun semput.

Tips aku,walaupun ko kena provoke,muka kena maintain ibarat air yang tenang di tasik tu,senyum je.Sebab,biasalah panel mahu menguji ketahanan kita adakah kita mampu nak deal dengan soalan-soalan yang diberikan.

This is my ever first iv for PTD.Alhamdulillah,bagi aku ianya memang 1 pengalaman yang tidak dapat dilakukan.One thing is,sebelum masuk banyakkan selawat,tenangkan fikiran,minta restu dan doa daripada ibubapa dan banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T.Percaya yang jika ini rezeki untuk kita,InyaAllah tak kemana.Rezeki tak pernah salah alamat :)

Monday 10 April 2017

SCAMMER MELALUI MUDAH.MY

Assalammualaikum.

This week saya try sell kain pasang through Mudah.my memandangkan ianya memang"mudah" kalau kita nak jual barang melalui internet.So,nak dijadikan cerita,tak sampai 1 hari saya post dekat mudah.my,malamnya ada seorang pembeli ni wasep nak beli barang saya tu.Nak dijadikan cerita,pembeli ni cakap dia dari Ireland,dan dia nak hadiahkan barang saya tu kepada relative dia yang tinggal di Selangor.

Memandangkan saya sangatlah teruja sebab pantasnya ada orang nak beli barang,saya pun layanlah dia.Chit chat chit chat,dah bagi no account bank semua,dia janji dia akan buat payment the next day.The next day dia wasep balik cakap,have you receive the email from my bank though the email.Bila cek balik,memang ada email dari bank dan juga pembeli tu.But,you know what,something is so fishy here.

Firstly,total amount yang dia sepatutnya bayar tidak tally dengan total amount yang dia buat.Saya pun macam dah kenapa pula dia bagi salah amount ni.

Me        :Saya cakap balik dekat dia why you deposit the wrong amount.
Pembeli:Then dia cakap,Oh,i tersalah masuk,tak pe you hantar dulu barang tu then bagi no tracking barang melalui email and laterm amount yang salah tu you bagi balik dari I.

See,something is very very fishy here.Setahu saya,we need to received the payment first before kita poskan barang kepada customer.Tapi,si pembeli ni pula kata,saya kena hantar dulu barang tu,barulah payment akan sampai.

Since,saya rasa ada benda yang tak betul berlaku,maka saya cuba siasat bank yang dia guna iaitu First Direct Bank.Memang wujud bank ni,tapi melalui email yang dia bagi kepada saya it looks really unprofessional untuk Bank hantar email macam tu.



So,lepas saya wasep balik dengan dia sebab dia tanya bila kita boleh pos barang kepada relative dia ni kat selangor tu,saya cakaplah esoklah saya hantarkan sebab hari ni(Ahad) post office tutup.After that,saya try google lagi pasal kes ni.Then guess what I have found~ Saya terjumpa entry di blog pasal ni.Which means ramai lagi mangsa dia ni.

So,girls bila ada someone from overseas yang tetiba kata nak beli barang korang melalui mudah.my kepada relativenya di Malaysia,be careful ok.Even dalam email tu dia dah bagi full details pasal relative dia,but you still need to check it untuk mengelakkan perkara ni berlaku.

Tapi,scammer macam ni selalunya dia akan tukar details diorang.Below is the details regarding si scammer tak bertauliah ni:

Name: Noramylia Mohamed(konon dari Ireland)
E-mail:noramyliamohd9637@hotmail.com

Yang ni pula details relative dia yang kononnya tinggal di Selangor

First Name: Jeisen Giovanno
Address: No 5 JLN 3/4 c,Bandar Baru Bangi,selangor
City: Bangi
State: Selangor
Zipcode: 43650
Country: Malaysia
Phone: +601111401134
So,moral of the story,be carefullah waktu korang jual barang through internet ni ok.


Friday 27 January 2017

KISAH DI PROGRAM ASSESSMENT CENTRE (PAC) PTD

Assalammualaikum everyone.

Dah setahun lebih berhabuk blog ni tak berupdate.So,what I'm gonna share with you today after lama sangat tak berupdate ni is about PAC for PTD.

PTD adalah singkatan pada Pegawai Tadbir & Diplomatik (M41). 

Aku dapat PAC dekat INTURA,Sg Petani Kedah pada 16hb-17 hb.Nervous tak payah cakaplah. Paling gerun sekali nak buat physical test ni.So,pagi tu around 7am aku dah terpacak kat INTURA tu.Lepas dengar taklimat pagi tu,bermulalah test kami pada hari yang pertama.Firstly,kena ukur Tinggi+Berat sebab nak tahu BMI kau berapa.Then buat Test Genggaman Tangan.Since tu pertama kali aku tengok alat tu,maka aku pun tak tahulah nak tekan macam mana.Tekanlah nak ooi asal daya.Then proceed with Duduk Jangkau.Bab ni aku suka sebab badan aku Alhamdulillah agak fleksibel.Try practice kat rumah kasi lembut ye.Lepas dah habis,kena cek Blood Pressure pula.Nasib baik sume ok.Then buat Curl Up.Bab ni memang aku lemah,rasa nak nangis pun ada.Aku pun pelik jugalah awatlah badan aku tak boleh nak buat benda alah ni.So,sebab aku sedih sangat dengan result Curl Up aku yang sikit sangat ni,the final test which is Beep Test aku trylah sehabis mungkin.Sebab yelah,kalau tak buat betul-betul habislah point aku kat situ.So,nak tak nak kau kena top up baliklah dengan aktiviti beep test ni.Tips untuk Beep Test ni,untuk Level 1,slow jog je.Level 2 up sikit momentum tu.Level 3 kau lari sehabis yang boleh.Kalau rasa larat,kau sambunglah Level 4,tapi kalau tak boleh pun tak pe,jangan paksa diri.

So,lepas dah habis buat test tu,sementara nak tunggu result,pihak sana akan jemput kau makan dulu.Then,after that barulah dia annouce sapa yang Lulus atau Gagal.Aku time ni rasa cuak weh.Nak nangis pun ada.Yelah,kotlah kalau Gagal sebab si Curl Up tu.Saat nilah start terbayang wajah Mak.Dok terpikir kalau tak lepas ni sedihnya Ya Rabb. Tapi,Alhamdulillah berjaya juga untuk ke next stage.Sebelah petang pula kena buat essay BM and BI,30 minit bagi setiap essay.Tulislah berapa banyak patah perkataan pun yang korang nak tulis.And the last activity is LDK(latihan dalam kumpulan).Sebelum balik,diorang akan suruh korang cabut undi untuk Public Speaking dan Pengucapan Awam for the next day.So,lepas tahu tajuk yang korang kena cakap esoknya,bolehlah balik ke Hotel masing-masing.

Malamnya macam biasalah tidur mana boleh tidur dok mengenangkan nasib esok hari.Nak senang bawalah lappy senang nak cari info bagai.

Hari yang kedua pun tiba.Dalam group aku ada 6 orang je.Untuk yang Pengucapan Awam,panel yang akan pilih siapa yang akan bagi speech dulu.So,since I'm the luckiest,akulah peserta akhir dari 6 orang tu.Hahaha.Waktu Public Speaking tu pun sama,aku juga yang lastnya.Ok,ni kes volunteer pula.Reason aku nak last sebab dahlah dapat tajuk yang agak rare,sampai aku pun tak tahu nak citer apa kat depan tu,tapi nak tak nak kau kena cakap juga.Yang penting kena confident and tahu kau nak gebang apa kat depan tu.Ingat key point je.Bila dah lepas dua dua aktiviti tu,the next stage is Group Discussion BM and BI,1 Jam bagi setiap Discussion.Nasib baiklah dapat group yang ok.So,bila kau dalam Group Discussion ni,walaupun kau tak faham atau have no idea pasal topik yang mereka bagi,whatever it is you need to speak.Kalau rasa blur sangat,kau cuba perhatikan apa yang groupmmates kau cakap then catatkan then mesti ada something yang ko boleh interrupt.Sayang kalau kau just duduk diam tak cakap apa.Markah kat situ diambil kira.



So,so far so good.Ada reski kita dapatlah ke next stage which is the Interview. Kalau tak,sila cuba lagi tahun hadapan kalau ada intake lain. 

Dare to dream.Nothing is impossible.

Thank you sudi luangkan masa anda.Pray for me,okay.Muahh..