Thursday 21 August 2014

RESEPI MASAK LALA SOS TIRAM

Assalammualaikum.

Memandangkan cuti ni tak ada buat apa-apa,maka aku pun beralihlah ke bidang masakan.Walaupun aku ni tak delah reti masak sangat pun,tapi bolehlah.Sebab hari ni teringin sangat nak makan lala,so hari ni terhidanglah masakan lala sos tiram.

Kuahnya tersorok sebab banyak sangat lala ~~

Senang je nak masak lala sos tiram ni.

Bahan-bahan:

Bawang Putih & Bawang Merah Kecil (hiris)
Sos Tiram
Gula & Garam
Bawang Merah Merah( dihiris bulat)
Cili Merah
Air(bergantung pada cita rasa)

Cara-cara nak masak:

1.Mula,mula panaskan minyak.
2.Lepas tu,tumiskan bawang putih & bawang merah kecil.
3.Agak-agak dah garing,masukkan air sikit.Tapi,kalo korang suka kuah banyak,letaklah banyak.Ikut pilihan masing-masing.
4.Lepas tu masukkan sos tiram,gula dan juga garam sesedap rasa.
5.Lepas tu masukkanlah si lala.
6.Bila dah agak-agak nak masak tu,taburkan bawang putih dan juga cili merah yang dah dihiris tadi.
7.Dah siap,masukkan ke dalam pinggan dan selamat menjamu selera.

Selamat mencuba :)

Wednesday 13 August 2014

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI UiTM SEREMBAN 3?


Assalammualaikum.

Kali ni,nak cerita sikit tentang UiTM Seremban 3 ni.Al maklumlah,den pun baru pindah sini last sem.Sedih noks,bila mengenangkan kena pindah sini.Yelah,mana taknya,punya best den duduk dekat shah alam tu,alih alih kena transfer kat sini.

Tapi,it's okay.Suasana dekat sini aman damai.Tak hiruk pikuk macam dekat shah alam tu.

Buat pengetahuan semua,kat sini hanya ada tiga course je yang ditawarkan iaitu,Fakulti Sains Pentdbiran dan Pengajian Polisi,Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan juga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

Kampus ni taklah besar sangat.Sebab kalo korang jogging satu UiTM ni pun just ambil masa 5 minit gitu je.Just nice gituh.
So,jom tengok sikit buildings dekat sini.





Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi


Fakulti Sains Komputer dan Matematik



Padang UiTM


Kolej Puteri Mayang Selida


Ni,kolej perempuan.Nama kolej ni Kolej Puteri Mayang Selida.Jangan tanya aku kenapa nama dia panjang sangat hokay.Hanya ada satu blok je untuk kolej gigirls ni.Dan kolej ni disediakan hanya untuk budak diploma,degree part 1 dan juga bagi pelajar yang menjawat jawatan.Contoh mcm,MPP,JPKK,JPK dan yang sewaktu dengannya.


Guess what?Nilah biliknya yang gojes and bagi aku memang exclusive.Muat untuk 4 orang dan siap ada tandas lagi dalam bilik ni.


Medan Makan Persukuan

 Medan makan persukuan ni memisahkan antara kolej gigirls and boboys.So,kalau nak makan senang je,turun dari lif,jalan sikit ...dan sampailah ke destinasi yang dituju.



Kolej lelaki.Kolej Bendahara Skudai




Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi



Unit Kesihatan



Ruang perpustakaan yang berwarna warni


Perpustakaan Tun Razak (PTAR)


For your info,dalam u ni tak de guna rapid macam dekat shah alam dulu.Sebab,macam yang den cakap tadi,kampus ni kecil je.Bagi yang duduk kolej pula,memang tak boleh bawa kenderaan,unless yang duduk luar bolehlah bawa.

Mungkin ada yang tertanya-tanya,dah tu kalo duduk kolej,tak boleh bawa kenderaan,dah tu macam mana nak keluar dari sini.Okay,senang je.Guna teksi.Sebab bas memang tak lalu dekat situ.No choice,huh.I feel you.Tapi,jangan risau,tempat ni tak delah ceruk sangat.Sebab kalo nak ke bandar,dlam 15 minit gitu sampailah.Standard harga satu teksi dalam RM 12.Dan jangan risau, ada banyak mall jugak dekat seremban ni.Contoh,Palm Mall,Terminal one Mall,Aeon,Parkson and even ada Mydin kedua terbesar dekat Malaysia,if I'm not mistaken.Kalau rasa nak ke PD,pun okay juga.Perjalanan just dlam 30 minit.And even kalau nak ke Melaka pun dekat,around sejam gitu.

So,pada yang dapat dekat UiTM Seremban 3 ni,selamat datang diucapkan.