Tuesday 3 December 2013

KEM KEBINA H-COY 2013


Assalammualaikum.

2 hari 1 malam.Bertempat di Gunung Nuang,bermula pada 1hb dan 2hb Disember dengan kekuatan seramai 97 anggota,bermulalahal-kisah aku di kem KEBINA H-COY 2013.
Basically,this is my first time involve dalam event cenggini.Maksudnya,not as pelatih,tetapi sebagai urusetia.And guess what???Saya ditugaskan untuk jadi Biro disiplin dan keselamatan.Fuhh,,,berpeluh jugak time dapat tahu kena jadi biro tu.

Dan Al-kisah pun bermula……..

*1hb Disember 2013

Jam loceng menjerit-jerit minta ditutup pada pukul 5.45am.Namun,entah di mana silapnya,diri ini tidak terbangun jua,malah lena makin berpanjangan.Tiba-tibi terdengar ketukan pintu bertalu-talu minta dibuka.Dalam hatiku sudah kujangka pasti syira yang mengetuknya.Telahanku ternyata benar.Lalu,dengan perasaan yang sangat malas,aku bangun membersihkan diri dan siap sedia menuju ke Pusat kokurikulum,tempat berkumpulnya kami pada pagi itu.Kusangka kami telah terlewat,tetapi seperti biasa,kamilah manusia yang terawal berada di sana.Al-maklumlah “janji melayu”lah katakana.Sudah dibilang sebelum pukul 7 berada di sana,tetapi pukul 7 lebih baru terkedek-kedek mereka berada di sana.



Ni masa dekat pusat kokurikulum.Berkumpul sebelum pergi ke Gunung Nuang


Perjalanan memakan masa hampir sejam setengah.Patut dalam bas tu,aku ketiduran sebab yelah,malam tadi tak cukup tidur,excited punya pasal.Tapi,sebab ni 1st camp aku since high school,maka keexcited-an nak bercamping tu memubuak-buak,that's why duk popekpokpek dalam bas.Dapat pulak naik bas dengan si iz,mel and syira.Memang makin menjadi-jadilahlah ceritanya.




Setibanya di sana,happy!!!Tapi,tak happy bila dapat tahu nak kena jalan ke kawasan camp tu bapak jauhnya.Tak pasal-pasal pecah lemak.Kihkihkih.

Maka,bermulalah perjalanan kami di sana.Mula-mula sampai sibuk angkut barang bagai,then pasang khemah.Lepas tu bebudak mula sibuk masak.Survival gituh.


Maka,bermula jugaklah tugas aku as biro disiplin.Terpekik,terlolong sana sini.Huhh,nampak mcm best kan maki budak-budak ni suruh cepat bagai,padahal aku dalam hati kesian tgk diorang.Dahlah letih angkut barang,then kena masak sendiri and blablabla.Tapi dah nama pun tugas.Tupun kira baiklah ni tak kejam nak bagi denda sangat-sangat,

Grenade!!


Untuk hari pertama,slot malam kot yang paling aku suka.Sebab ada night walk.Since start pukul 12.30am,maka aku pun mulalah rasa cuak..Aku ni nampak je tough kat luar,padahal dalam hati rasa nak jerit-jerit sebab aku takut giler kot.Dahlah hutan bagai.Bawak torchlight pun bukan boleh guna sangat.Nasi baiklah depa aku ada iz and el,Belakang ada syira.Then,tak memasal dapat gelaran geng anak bongsu sbb aku,el and iz mmg ada bongsu pun.Dah nama pun anak bongsu memang penakut tu lumrahlah agaknay.Then tak cukup dengan gelaran anak bongsu,kami dipanggil pulak buat wayang kulit sebab kes pegang tangan di kegelapan malam.Lol.Kalau aku tak pegang tangan iz,memang jatuhlah aku gamaknya,dahlah jalan memang tak rata.
Dari kiri:
Kakak tengah,(IZ),Kakak sulung (ME) and adik bongsu (EL)

Lepas tu,startlah jalan sengsorang dalam hutan tu,I mean para pelatih.Aku n syira kena jaga dcheck point then takut-takutkan depe.Tapi memandangkan aku takut kena kacau,maka aku pun malas nak amik kacau sangat depe.Alaasan,sebab kesian.Hahahaha.Padahal penakut.Selamatlah kom.ayie and kom.momo asik
ulang alik datang dkt kami.Yang paing tak boleh balh bila kom.ayie datang then baring tetengah jalan nak takutkan bebudak tu.Hah,time tulah baru aku berani nak takutkan diorang.Kalau idak memang taklah.

Dalam pukul 3 lebih dah sampai balik khemah.Tapi sebab kena jg sentri malam,memang tak tidurlah cerita dia.Nasib baiklah dapat tidur jugak even for 1 hour.

2hb Disember 2013

Aktiviti untuk hari ni adalah jungle tracking.Yeayhh,!!Err,ok,ngantok actually pagi tu.Tapi digagahkan jua pergi.Part paling best ialah bila dapat mandi sungai.Yelah,aku dah lupa bila last sekalai aku mandi sungai,
Sereslah,Nilah part yang paling best.Ianya ibarat percutian sebentar sebab mampu lepaskan stress walau hanya seketika cuma.Tapi sayang mel tak dapat ikut sebab dia biro makanan.Sobsosbs.Kalau idak memang lengkaplah #The7Siblings

Sekitar pukul 3.30pm semua dah start berkumpul untuk pulang semula ke UiTm dihatiku.Ok,jeles tengok depe dapat hamper.

Maka,berakhirlah kem kebina H-coy.Perasaan?Happy +sedih,.To be honest,aku rasa bonding dgn seniors makin rapat especially with komander ayie n komander momo.Yelah,sporting habis kot depe.Kalau diorang tak de,tak tahulah aku nak rujuk kat sapa.Well,memang aku akan rindulah mereka berdua ni sem depan.Memandangkan sem depan dah nak pindah,sobsobs...at least ada kenangan aku dengan diorang.

Friday 8 November 2013

AL-KISAH PERKAD 2013

Assalammualaikum.

Event Pertandingan Kawad Kaki antara fakulti 2013 (PERKAD) ni sebenarnya telah berlangsung pada 27.10.2013(Ahad).Kiranya entry kali ni dah lapuk jugaklah citer dia.Tapi,nak buat macam mana,baru sekarang ada masa nak update pasal event ini.

Sebanyak 12 kompeni telah join event ini.Dan daripada 12 kompeni ni,Kompeni H,telah dapat giliran yang ke 11 untuk performed.Bila dah nombor 11 tu,bermakna tengah harilah jawabnya kita orang performed.

This sem,aku diberi kepercayaan untuk memimpin kompeni H.Satu penghargaan dan tanggungjawab yang berat untuk dipegang.Entahlah,kadang kala macam tak percaya pun ada.Yelah masa aku join PERKAD 2012,Komander Ayie yang lead kami.Sekarang,bila aku yang lead mereka,macam tak percaya aku yang berdiri dekat depan ambil alih tempat komander ayie.Can you imagined my feeling at that time?

Memandangkan event ini adalah kali pertama yang aku lead,maka kecuakan tu tak payah citerlah.Giler tak cuak.Dahlah ramai kot pada hari tu.Tapi,memandangkan ramai komander senior and the 7 siblings yang menyokong aku,ianya telah membakar semangatku untuk buat yang terbaik.Lagipun,pelatih-pelatih this sem memang awesome.Sebab mereka siap cakap,

"Komander,jangan nervous komander".


"Komander,boleh komander".

Hah,ayat-ayat cenggitu lagilah buat aku bertambah semangat.Tak mahulah hampakan harapan semua orang,walaupun amat berat untuk digalas.


Time masuk medan,memula memanglah cuak.Namun alhamdulillah,lama-kelamaan aku mampu mengawal kecuakan itu.Dan pelatih-pelatih sendiri sangat hebat.I'm pround for them.Adatlah,tetap walaupun ada yang buat salah,tapi aku tahu diorang dah buat yang terbaik.I saw their effort.

Dalam pukul 12 tengah hari,event untuk sebelah pagi pun berakhir.

*sesi petang

Sesi petang pulak adalah untuk announced who is the winner?

Dan alhamdulillah,kompeni H berjaya menduduki tempat ke-2.
Lebih manis lagi apabila,aku berjaya merangkul gelaran ketua platun terbaik.

Waktu dia annouced tu,nganga jugaklah aku.Tak expect pun dapat gelaran tu.Syukur dan alhamdulillah padaNya.
Inilah tongkat emas dan piala yang aku dapat tu :)



Bersama komander senior yang banyak menolong diri ini.

Dan,bagi aku,itulah kenangan+hadiah kami daripada 47 kepada komander senior sebelum kami berpindah ke Seremban,semester hadapan.



H-Coy Family







 Sila klik untuk tumbersaran.
Hah,yang kat atas ni adalah keputusan rasmi PERKAD 2013.

Tulang belakang kejayaan saya.Terima kasih atas segala tunjuk ajar,nasihat dan sentiasa bersama saya ketika saya down mahupun apabila saya rasa hampir berputus asa.Jasa kalian amat saya hargai dan akan dikenang sampai bebila.My love and respect goes to both of you....

Like seriously,waktu test suara and mantapkan suara,kalianlah yang sanggup bersama diri ini,memberi semangat ketika diri ini hampir berputus asa, dan juga apabila dimarahi dan nasib baik aku tak nangis time tu.Tapi,kalianlah yang sentiasa di sisi ini.Hmm,sem depan nak pindah dah.Apapun,beruntung dapat komander-komander senior yang awesome macam kalian.

Akhir kata,melalui event ni,aku semakin rapat dengan komander senior,para pelatih walaupun aku tak tahulah tanggapan diorang kat aku.Yelah,kengkadang garang,kengkadang menggila.~ ~


Sekali lagi, tahniah H-coy :)Kalian awesome!

H ,H,H COY!!



Monday 16 September 2013

REUNION PARA GEGIRLS?

Assalammualaikum.

13.9.2013..

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.Rancangan untuk kami,para gegirls untuk berjumpa telah berlaku seminggu sebelum ini lagi.Namun memandangkan ada antara kami yang tidak boleh ikut pula pada saat saat terakhir,seperti amani dan fatin,nak buat macam mana,tak de rezekilah tu nak jumpa.Last2nya,budak local jelah yang dapat berjumpa.

Walaupun minggu ni baru 1st week semester bermula,tapi class tetap berjalan seperti biasa.Aku,shila dan mimi,semuanya ada kelas sampailah pukul 10.Aku pulak ingatkan kelas jepun tu habis awal,yelah 1st class kan?Namun jangkaanku meleset sama sekali.Bila jarum jam menunjukkan pukul 10 am,roh aku dah melayang dah nak pergi sunway tu,jasad je still ada dalam kelas tu.Habis je kelas,ape lagi aku pun pecutlah macam ala2 usain bolt tu.Ingatkan nak pergi terus ke stesen bas,tapi hati ni pulak rasa macam tak tentu arah.

Sebab apa?

Haaaaaah,sebabnya aku rasa macam tak tutup iron waktu aku guna iron pagi tadi,yelah dah bangun pun lambat confirmlah kelam kabut.Then bila sampai bilik,nasiblah iron tu dah tutup,kalau tak....

So,bermulalah my journey untuk jumpa my bff waktu di SABDA dulu.1st,after dah turun bas kat seksyen 2 tu,aku ingatkan bus ke sunway akan lalu kat situ.Kononnya,confident gilalah yang bus tu akan lalu kat situ,so aku pun duduklah situ sampailah pak cik rapid tu tanya,

"Adik nak ke mana?"blablabla.....Then dia cakapla,"Oh,kalo nak ke sunway,kena tunggu depan PKNS tu,kat sini bus tak lalu".

Ok,fine.Padan muka.Berlagak macam tahu.Kalau pak cik tu tak sapa aku tadi,sampai ke sudahlah aku tunggu bus yang tak akan kunjung tiba.

Bila sampai depan PKNS,aku pun duk tunggulah bus tu.Lama jugaklah tunggu kat situ.Adalah dalam setengah jam.Cuak jugak,kot-kotlah bus tu tak datang ke,tak beroperasi ke atau dah berhenti beroperasi ke?Yelah,hari jumaat kan driver bus kena pergi solat jumaat.Finally,after tungggu bus bagaikan pungguk rindukan bulan,sampai jua bus tu.Alhamdulillah.

Guess what?

Tambang naik bas rapid sehinggit je.Ok,batak.Abaikan saya.



Dalam pukul 12.10pm aku dah sampai dah kat sunway tu.Last aku pergi sunway masa sem 1.Tu pun pergi dengan paen.Tapi jengjalan macam tu jelah,tak sempat round sume.Besar ooo.

So,nak dijadikan cerita,sebab aku sampai awal,and mereka berdua still tak sampai lagi,aku pun pergilah merendek ke AEON tu.After 30 minutes,jumpalah mereka.Jumpa-jumpa je terus buat drama depan aeon tu.Yelah,kalau dengan shila,lepas habis SPM mana pernah jumpa.Lebih kurang 3 tahun kot.Gila rindu dekat dia.Kalo dengan mimi,last aku jumpa masa aku sem 1.Lama jugak tu.

Disebabkan waktu tu lunch hour,perut pulak memang kosong dari pagi sebab tak sempat nak breakfast,then kami pun decide nak pergi makan dekat The Chicken Rice Shop.Dan bermulalah perbualan pokpekpokpek......Sempat jugaklah duk menyusahkan waiter kat situ.Hahaha,sorry ye dik,bukan selalu pun kami boleh buat macam tu.


  Lepas makan,solat sume,mimi decide nak mian ice skating.Ye,dan aku sangat teruja nak main ice skate tu.Bajet pandailah main.




Cun tak gloves ni?

Ce teka mana satu sepasang kakiku itu?


Dari atas ice skate tu,nampak macam senang je nak main benda alah tu.Sekali main...hah,amik ko,jerit tak cukup suara.Takut ooiiii.Takut jatuh then mestilah malu.Lastnya,as usual main tepi-tepi tu sambil pegang tiang..Sobsobsosb..

Tak lama lepas tu,orang tu suruh kami sume keluar,sebab nak bersihkan tempat tu.Hah,part selepas kami dibenarkan masuk ni interesting.

Sebab apa?

Sebab aku dah pandai main sikit dah.Berani jugaklah aku main kat tengah-tengah tu.Yang paling lawak sekali mestilah mimi.Sebabnya dia yang beriya-iya ajak kami main,then tengok2 ,rupanya dia pun lebih kurang kita orang jugak.Record aku jatuh kali ni,sekali je.Hah,oklah tu.At least tak delah jatuh banyak kali macam orang lain tu.Yang aku tak faham,asal dorang nak jatuh je,mesti jatuh depan aku,pe kes daa~~Yang aku pulak,tak memasal menjerit.Yelah,dahlah jatuh depan aku secara mengejut,buatnya aku jatuh atas diorang,tak ke naya.After all,interesting jugak main ice skating ni,cuma yelah,kalo nak main ko kena confident.Kalo tak,berdebuklah jatuhnya atas ice tu.

Disebabkan aku nak sangat main kat tengah-tengah ice tu macam orang lain yang memang dah pandai gila,aku dengan muka innocentnya,pergilah minta tolong orang yang dah terror main tu.Heee.Selamatlah diorang sempoi.

Lebih kurang sejam lebih jugak kami main.Memandangkan cik shila seorang yang busy,dia kena balik awal dalam kul 4pm gitu.Rasa sekejap sangat pertemuan kami kali ni.4 jam aku rasa tak cukup nak cover balik masa yang hilang dalam 3 tahun tu.It's ok,next time aku harap jumpa kalian lagi.Till we meet again,take care sayang-sayangku.



Thursday 23 May 2013

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI UiTM





Assalammualaikum.

Entry kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai jurusan Sains Pentadbiran& Pengajian Polisi (BAS).


Course ni ada dekat UiTM mana je?

Course ni ditawarkan di UiTM Shah Alam,Sarawak,Sabah,Melaka dan Kedah.Tapi,suka cita dimaklumkan,pada tahun 2014 nanti,pelajar course ni yang belajar di Shah Alam  (like me) akan dipindahkan di cawangan baru iaitu,UiTM Seremban 3.

Syarat-syarat kelayakan nak apply course ini

1.STPM- Sekurang-kurangnya 3 principals:Pengajian Am,kredit dalam Bahasa Inggeris dan Mathematics atau Ekonomi atau Prinsip Perakaunan

2.Diploma dari UiTM dalam bidang Pentadbiran Awam, Pengajian Perniagaan, Perakaunan dan Perbankan dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.50

3.Diploma dari mana-mana universiti awam tempatan atau dari mana-mana kolej swasta yang diiktiraf dalam bidang Pentadbiran Awam, Pengajian Perniagaan, Undang-undang, Perakaunan dan Perbankan dengan CGPA 3.00 atau lebih baik.

Apakah peluang pekerjaan kalau ambil course ni ye?

Siswazah dari program ini boleh mendapatkan kemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir, Pegawai Penguat Kuasa,Pegawai Sumber Manusia, Pelatih Pengurusan dan etc.

After habis degree,boleh sambung kat mana ye?

Mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi boleh mendaftar dalam program Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Sains Pentadbiran, Sains Politik di universiti-universiti tempatan dan asing.
                
 Subjek-subjek yang bakal dipelajari selama 6 sem ini???

Sebelum terlupa,course ni adalah selama 3 tahun.

3 tahun=6 sem

Semester1
Tamadun Islam & Asia Tenggara
Co-Curiculum
Business Mathematics
Introduction to Interactive Multimedia
Introduction to Public Sector Quality Management
Malaysian Legal System
Accounting I

Semester 2
Co-Curiculum
Business Statistics
Economics
Principles of Public Administration
Industrial Relations
Management Principles & Practices
Business Law

Semester 3
Ethnic Relations
 Third Language I
Co-Curriculum
Advanced Business Law
Reading & Critical Thinking
Management Accounting
Public Relations
Human Resource Management
Electives - Quality Management/Electronic Government/International Relations/Malaysian Premiership Studies/Social Marketing

Semester 4
Third Language II
Policy Analysis
Ethics in Administration
Management Information System
Report Writing
Organizational Behavior
Electives - Innovation Management/Southeast Asian Affairs/Local Government/Advanced Industrial Relations/International Business Environment

Semester 5
Third Language III
Research Methodology & Data Analysis
Business Professional Correspondence
Project Management
Public Finance
Malaysian Economy
Electives - IT Management /Managing Change/Urban Sociology/Social Security and Employee Benefits Administration/Environmental Management in the Developing Countries

Semester 6
Applied Research Project
Strategic Management for Public Sector
Practical Training
Service Management 
Electives - Seminar in Global Affairs/Seminar in Public Management/Alternative Delivery System/Knowledge Management/Human Resource Development
 Baiklah,setakat ni saja entry saya pada kali ini.Moga entry kali ni dapat dimanfaatkan oleh para pembaca sekalian.

Monday 15 April 2013

AL-KISAH PERSAK 2013

Jika berjaya,carilah saya!

Pertandingan Jalan Lasak(PERSAK) telah berlangsung pada 13-14 April 2013.Terbahagi kepada dua bahagian ,iaitu orienteering+EOQ.

Dan alhamdulillah,tahun ni,aku diberi kesempatan untuk turut serta dalam acara ini,iaitu EOQ major in cycling.

Perasaan??

Entahlah,tipulah tak cuak.Lagi cuak kot berbanding PERKAD 2012.Yang sebenarnya,aku ni pemain simpanan je pun.Tapi,entah bagaimana,di pagi hari pertandingan,elok2 aku tengah happt berTTS,sekali L datang bagi tahu yang aku kena masuk jadi peserta...and my face was like........

Yelah,aku ni kalau masuk berlari,memang out.Berbasikal yelah boleh.Tapi,kalau berlari+berbasikal memang mengahla ..Training pun tak berapa nak cukup,tu pun selamat petang jumaat tu,aku turun buat latihan naik bukit delima,yang selebihnya turun bukit jelah yang aku suka.

Cuak tak cuak,gentar tak gentar...dengan semangat yang berkobar2+mix feeling,digagahkan jua hati ini.Start dari acara lari yang diketuai kak affy dan 3 pelatih yang lain,telah berjaya menyuntik semangat kami.Pasaipa ceq habaq lagu tu?Sebabnya,mereka dilepaskan no 3,tapi berjaya memintas kompeni no 2.Kemudian diteruskan lagi dengan acara kayak.Dengan berbekalkan abe yang sememangnya hebat berkayak+diyanah,kejap je dah hilang dari pandangan mata kami.Seres,aku tak tipu,laju giler depe berkayak.Nampak je dorang dah dekat,mulalah hati ni berdegup 180 kali sesaat.I'm so nervous you know.

Bila sampai je turn kami,aku pun larilah..lari dan lari...so,from section 2-taman perumahan-pintu hotel uitm.Itulah route kami pada hari pertandingan tu.Cuma yelah,aku tak pernah pun lalu situ.Plus berbukit pulaklah jalan tu,semput tak yah cakaplah.Kalau ariff tak tarik aku dengan ranting kayu,mahu aku give up tengah jln tu.Aku dah ckp dah,dulu kalau merentas desa,memang aku bukanlah orangnya.Ngerti enggak?Yang teammates aku tu,sorang memang atlet lari,sorang memang atlet mountain bike,yang sorang tu pulak fitness dia mmg tahap tertinggi.Me?? :(

Then,dah separuh tenaga melayang,tibalah acara berbasikal pulak.Kat sini,ade 3 killer bukit.Pertama,dekat bukit after hotel uitm tu.Kedua,bukit dekat pintu pagar section 2.Dan yang terakhir,pintu pagar section 7.Antara banyak2 bukit tu,hanya bukit dekat section 7 je yang pernah aku tawan.Tapi,itu sem lepaslah.Makanya,asal nampak bukit je duklah sorong bukit tu.Time ni seres aku rasa sangat bersalah dengan my team.Yelah,asik kena sorong+tunggu aku je.Tapi,bab turun bukit tak lain tak bukan akulah yang lead.Syiok oooo turun bukit.Whatever it is,aku sangat berterima kasih pada ariff sebab banyak bagi semangat kat aku,tolong sorong basikal aku masa kat bukit section 2.Kalau dia x push aku,rasanya mahu putus asa dekat tengah jalan tu.Tak lupa juga pada teammates yang lain.Kalian memang superb.

Time dah nak sampai tu tak boleh blah,orang kalau nampak garisan penamat makin laju,aku pulak makin lembap macam kura-kura.Rupanya,itulah perasaan diyanah masa dia kat garisan penamat kayak tu.Sesampai je kami disana,kami pun pergilah dekat our kompeni.And guess what???Komander ayie punyalah terkejut tengok kami sebab dia kata tak expect kami sampai awal begitu.

Muka aku time tu,dengan berbahangnya sebab time tu dah nak dekat pukul 1,merah u know.Tunggu masa je nak pitam.Tapi,nak jaga maruahlah konon,terpaksalah tahan.Then,after that,para penyokong pun sampai bersama peserta2 yang lain.Once aku nampak diyanah and ieja,entah asal aku tetiba sebak.Sebak sebab aku faham perasaan diyanah bertarung dgn tasek tu.Sebak sebab aku berjaya habiskan perlumbaan hari tu.Sebak sebab komander2 yang lain bg support+kasih sayang.I love you H-COY...

Overall,kompeni H dapat jadi naib johan.Sayangnya EOQ kami di tempat keempat,hanya beza 2 mata je.Orienteering yang diketuai komander ayie dpat naib johan kot.Cayalah komander!!

Another epic story yang berlaku dalam diri ini after PERKAD 2012 and also SKUAD TTS 2013(PENUTUP).

Monday 4 February 2013

DIARI LIBK SELAMA 10 HARI


Assalammualaikum....

Bukan mudah untuk membuat keputusan untuk mengikuti kem Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) ini.Banyak perkiraannya yang perlu dilakukan.Kawan-kawan pun banyak yang bagi nasihat (+) mahupun (-).Tapi,aku nekad,walau apa jua cabarannya,InsyaAllah akan aku hadapinya dengan tabah.Mereka kata,jadi komander ni untung.Yelah,dapat kemudahan kolej selama 5 sem,elaun dan etc.Aku melihat perkara2 itu bukan yang paling utama.Yang paling utama adalah kerana aku memang minat dengan aktiviti unit beruniform ni.Tu sebab time asasi dulu,aku rasa macam ade je benda tak kena.Yelah,24 jam ngadap buku pun,bukan ok sangat pun kan?Kalau hanya bersandarkan niat nak dapat kolej,elaun...aku rasa tak sampai 1 sem mahunya aku quit dari jadi komander.Niat itu yang paling penting bukan?

Berbalik kepada tajuk entry pada hari ini,kem yang berlangsung selama 10 hari ini,banyak input yang aku dapat.Tapi,tambahlah dengan muka hitam macam penduduk wakaka eh eh sampaikan mak aku pun terkejut tgk aku,sakit 1 badan and etc.So far,kehidupan kami selama 10 hari ni ibarat waktu MDS.Atau lebih tepatnya bagi aku,kehidupannya macam time aku dekat asrama dulu.Terlalu packed.Tapi,apa nak dikato,itu adalah pengorbanan dan juga risiko yang perlu dihadapi.Bak kata someone...."Datang tak berjemput,kalau kau nak balik pun aku tak kisah".See?

Hari Pertama

Sejak malam tadi,aku sukar melelapkan mata.Berfikir-fikir apa yang akan jadi pada aku dalam masa 10 hari ni.Apa yang akan jadi pada hari pendaftaran.Nasib baiklah aku tidak berseorangan.Nasib baik diyanah dan juga fadz pun sertai kem tu.Awal pagi dah bikin kelam.Mereka kata,pendaftaran patut buat pada pukul 8.Yang aku ni pun punyalah lurus bendul,bergegas ke bilik air bagai then siap macam ape entah.Then,angkut barang pergi teratai.Barang usah dikira,2x trip ulang alik nak amik barang.Bila dah siap amik barang,kita orang pun pergilah ke pusat KOR untuk mendaftar.Tapi,errrrr...kita orang ni rupanya si troublemaker.Sepatutnya kena pakai baju formal,tapi sebaliknya kita orang pergi bijak pakai baju sukan.

Trang teng teng...........malu giler time masuk tu.Semua komander yang ada kat dalam tu,semua pandang kami dengan muka yang aku sendiri tak tahu nak describekan.Kitaorang??Hmm,muka dah merah,kepala pulak macam dah ada skru ketat supaya jangan pandang atas.Setelah kejadian itu,komander R bagi kebenaran suruh tukar kepada pakaian formal.Apa lagi,berlarila balik dari pusat KOR ke Teratai.Dah siap tukar baju,malang lagi.Dahlah hujan lebat,payung tak de.Jalan terbaik,redah jelah.Balik bilik,perasaan malu still ada..Aigoo

Itu kisah di pagi hari.Malamnya pulak,kami dipecahkan kepada beberapa platun.So,aku ditempatkan di platun 3.Before dilepaskan pulang untuk ke bilik,komander2 bagi arahan,suapaya semua barang berharga contohnya macam lappy,hp sume kena bagi kat depa.Yelah,sat g,kalau simpan dalam bilik pun,belum tentu terjamin maaa..Dengan muka yang pasrah,bagilah jelah si Ace dangan si Shiba.Berpisah untuk 10 hari,amatlah meyakitkan..sobs sobs

Hari Kedua

Bermulanya latihan kawad kami.Jurulatih kami iaitu Cikgu Wahi dan juga Encik Min,aku rasa paling cool and sporting.Time dinner,aku cakaplah,"hari ni baru hari kedua,tapi apesal aku rasa dah macam sebulan duduk sini".dan....hazim pun mengiyakan bait2 kataku itu.Apesal entah aku cakap macam sebulan?Hanya siapa yang pergi ke kem itu saja yang akan mengerti mengapa dan kenapa aku berbicara seperti itu.

Hari Ketiga

Tiada yang menarik pada hari ni.Macam biasalah,kawad dan kawad dan kawad.That's all

Hari Keempat

Bermulanya kisah aku dan rakan2 yang lain dengan sepasang boot.Boot yang berat.Boot yang aku kira,woi,apesal berat sangat nak angkat dan pakai ni.Dan boot ni jugalah yang buatkan kakiku akhirnya melecet sampai berlubang kedua2 belah kaki aku.Ini gara2 sepasang boot.Ok,cukup aku membebel pasang boot.Hari ni salah satu hari yang aku rasa,memori yang patut dikenang.Apesal??Sebab,waktu cik min ambil alih dari cikgu wahi,before start kawad,cik min tanya.."Awak semua cukup tidur tak?Kalau tak saya nak bagi awak rehat ni...See,nampak tak cik min ni sangat baik giler dan cool?Kita orang sangat sayangkan jurulatih kami.Lastnya,dia bagi kita orang rehat+tidur di bawah pokok yang redang itu.

Hari Kelima

Pagi2 lagi dah buat aktiviti tempur tanpa senjata/taekwando.Oh yeah,yang ni aku suka..muahahaha.Tak sangka badan aku still flexible lagi buat benda alah ni.

Hari Keenam

Ujian mengajarkan skuad.Bagi aku,aku buat dengan teruk ok?

Hari Ketujuh

Hari ni kami pergi ke bukit cerakah..Perasannya macam...wauuuuuuu!!!!!!!!Akhirnya dapat keluar daripada UiTM.Perjalanannya tak jauh pun.Dalam 15 minit dah sampai.Kali ni ,kitaorang diberi pendedahan bagai mana nak guna kompas+ikhtiar hidup di hutan.Sewaktu aktiviti kompas la paling tak boleh blah.Game dia macam ni.Kalau korang dah shoot arah dia,nak mintak jawapan dari komander platun,kena buat something.So,macam2 la yang kita orang kena.Merangkak dalam tutttttttttt,masuk air sambil berkawad dan bla bla bla.Perasaan kami sebagai 1 platun,hanya kami jelah yang tahu.

Hari Kelapan

First time pakai baju uniform lengkap.Ujian kawad juga berlangsung.Petang pulak,ujian untuk pelatih terbaik.Malam pulak ada ujian bertulis.Punyalah jauh kita orang amik kat ujian tu,dekat dewan engine u know?

Hari kesembilan

Rehearsal untuk passing out atau lebih dikenali sebagai,tamat latihan.Berkawad dari pagi ke petang.Tak lupa kawan kami yang sentiasa berada di sisi kami iaitu,sang matahari yang terik dari biasa.1 botol tak cukup.Tak terkira berapa botol aku minum hari tu ~~.Malam pulak ada malam sekalung budi.Platun kita orang dapat persembahan dikir barat.Oleh sebab kesuntukan masa,maka pergerakan tangan pun paham2 jelah.Nasib baiklah si tukang karut dan pemain2 alat muziknya ok.Tapi paling tak boleh blah,masa nak start masuk tu...kena buat pergerakan sambil bunyi..eh,eh,ahhhhhh.Ok,aku tahu korang tak dapat nak gambarkannya.Yang pasti,muka aku merah masa buat pergerakan tu.Apesal entah.


Hari Kesepuluh

Hari yang ditunggu2 telah tiba.Kami berkawad dengan penuh semangat gituh.Menunggu Vip+berucap...dengan silaun matahari pagi...dengan aku selaku barisan hadapan...peluh menitik,titik demi titik...terpaksalah tahannya.Kalau bergerak sat g..tetttttttt.Padahal dalam hati meronta2 nak sapu peluh di muka.Tapi kira kejaplah tu.Before pukul 11 dah habih.Then,upacara pemakaian pangkat.Sapa yang parentsnya datang,bolehlah pakaikan pangkat untuk anaknya.Sapa yang tak de,tengok jelah dengan hati yang hiba.Me,so sad.Sobs sobs sobs.Lastnya,komander H coy yang tolong pakaikan untuk aku.Then,mulalah sesi tangkap gambar bersama H coy,dan juga Platun 3



Barisan H coy..aum aummmm


Platun 3
Trademark:10 hari je pun,redah jelah!!!!!!!

Dari atas:KRM Wahida.KRM Maznira,KRM Ariana,KRM Azimah,KRM Lela,KRM Ikhsan,KRM Mustaqim,KRM Al Amir,KRM Hazim,KRM Farhan,KRM Fauzi,KRM Syaza,KRM Liyana,KRM Roziah,KRM Musfira,KRM Sh.Fatimah,KRM Syamilla

Dari bawah:KRM Eshan,KRM Amirah,KRM Munirah,KRM Filzah,KRM Aida,KRM Aliah,KRM Aisyah
Absent:KRM Munirah Mustafa


Lunch kami yang terakhir sebelum masing2 pulang ke kg halaman
 Walaupun hanya 10 hari,tapi bila dah sampai rumah,perkara yang paling aku rindu adalah waktu bersama dengan platun aku yang cool tuh.Yelah,makan sama2,kena marah sama2.Kalau bengang pun sama2.Kalau membebel pun sama2.Letih sama2.Yeah,mereka sangat cool+awesome.Tak lupa juga pada roomates ku,ain+aty..Tak lupa jugak pada milla,yang sering bersamaku kerana kondisi kami sama iaitu kaki melecet sampai tahap berlubang.Cakap pasal kaki melecet,walau sesakit manapun kaki korang tu,bertahan jela.Jangan nak manjakan diri sendiri.Tak cool gituh..eh,ape kenanya?Entah..~~

Semoga kita berjumpa lagi di hari dan waktu yang lain.HIDUP H COY!!!HIDUP PLATUN 3!!!

Peace :)